Susulan Kes SPRM, Ezlynn Lapor Polis Dan Saman Fitnah Dua Pihak Tidak Bertanggungjawab

Hiburan

Susulan Kes SPRM, Ezlynn Lapor Polis Dan Saman Fitnah Dua Pihak Tidak Bertanggungjawab

Penyanyi Ezlynn menerusi sebuah kenyataan memaklumkan bahawa dia baru sahaja membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi bagi menafikan pembabitannya bersama seorang pelakon dan lelaki yang terbabit dalam kegiatan penggubahan wang haram seperti yang tular beberapa hari ini.

Ini berikutan tersebar sebuah dokumen yang mengaitkan Ezlynn dengan pelakon dan suspek yang dikatakan telah bekerjasama melakukan aktiviti haram tersebut.

Advertisement
EzlynnSumber : Google  

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin difahamkan akan turut memfailkan saman terhadap dua pemilik akaun Facebook Ryan Ricmal dan Jabatan Netizen Negara Official yang dilaporkan telah menular dokumen terbabit sehingga mencemar dan menjatuhkan maruahnya.

“Selepas membuat laporan, saya ke Balai Polis Damansara untuk bertemu Pegawai Penyiasat bagi merakamkan keterangan. Polis menafikan dokumen itu daripada mereka dan turut hairan bagaiman ianya boleh tersebar. Apa yang dilakukan ini kerana saya nak ambil tindakan saman.”

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini turut dijanjikan dengan penyiasatan secara profesional supaya keadilan dapat berpihak kepadanya.

EzlynnSumber : Instagram Ezlynn  

Dia yang sebelum ini telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan kerjasama dalam kes tersebut .

Katanya lagi, tindakan saman itu dibuat kerana ingin memberi pengajaran kepada mereka di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan berita yang tidak benar dan menuntut permohonan maaf secara terbuka sebelum menyaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Dimaklumkan juga seorang pengguna Facebook yang dipercayai berasal dari Perlis sudah mengemukakan permohonan maaf menerusi suaminya dan Ezlynn juga sudah menganggap perkara itu sudah selesai antara mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...