Susulan daripada kes pergaduhan antara pelawak terkenal Lan Pet Pet dengan seorang lelaki penghantar makanan yang menjadi tular di media sosial, Lan memaklumkan bahawa perkara tersebut telah selesai cara baik dan sudahpun berdamai.
Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad,52, menjelaskan mengenai isu terbabit menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan netizen dan juga pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
Ujar Mazlan, penghantar makanan itu juga telah menarik semula laporan polis selepas mengakui kesilapannya menjadi punca pergaduhan tersebut berlaku.
View this post on Instagram
“Kami dah bersemuka dan kes pun dah selesai. Lepas saya buat report polis dan dalam dua,tiga hari selepas itu dia pun buat laporan polis. Saya ucap terima kasih dengan bro penghantar makanan itu dan kami berbaik secara aman damai..”
Dia yang turut diwakili peguam, Datuk Dr. Aswandi Hashim berkata sidang media berkenaan kes itu telah diadakan kerana ingin menjelaskan perkara sebenar bagi pihak anak guamnnya.
“Perkara ini sebenarnya melibatkan sedikit salah faham. Video viral oleh wanita tersebut (yang merakam) seolah-olah menghakimi (tanpa usul periksa). Kalau salah 100 peratus pada Lan, saya yakin rider itu akan saman Lan di atas kerugian yang dialaminya. Tapi akhirnya bila bersemuka, dia menarik balik report tersebut..”
Terdahulu, video berdurasi 24 saat memaparkan aksi Lan Pet Pet sedang melakukan kekerasan terhadap seorang penghantar makanan di mana dia dilihat merangkul dan memukul kepala lelaki tersebut sambil ditenangkan beberapa orang lelaki lain.