Susulan Kes Murid Darjah 2 Ditampar, Guru Tampil Bagi Keterangan

Trending

Susulan Kes Murid Darjah 2 Ditampar, Guru Tampil Bagi Keterangan

Semalam kami telah menerbitkan artikel tentang kes murid darjah dua yang didakwa telah ditampar oleh seorang guru lelaki sehingga lebam di lehernya.

image

Advertisement

Setelah viral di media sosial tentang kes tersebut,  guru itu juga telah membuat laporan polis dan menafikan tindakan berkenaan. Malah dia juga mengatakan kesan biru itu akibat nila dan cuka yang disapu oleh nenek mangsa kerana penyakit beguk.

Baru-baru ini guru yang berusia 47 tahun itu telah dipanggil oleh pihak polis dan memberi keterangan untuk membantu siasatan. Guru tersebut telah membuat pengakuan yang dia sebenarnya ada menampar mangsa tapi tidaklah sehingga boleh mencederakan.

“Guru itu mengaku ada menampar murid berkenaan, namun tidak kuat hingga boleh mendatangkan kecederaan seperti dialami mangsa pada bahagian tengkuk kanannya”- Ketua Polis Daerah Kajang

image

Sekarang pihak polis sedang menunggu keputusan laporan pemeriksaan lebam di leher kanak-kanak itu daripada Hospital Kajang.

Selain itu, polis juga akan mengambil keterangan nenek mangsa yang juga penjaga kepada kanak-kanak itu. Ibu bapa mangsa tidak akan mengambil sebarang tindakan sehingga mendapat keputusan laporan daripada hospital.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Kronologi kes:

14 Ogos 2018
  • Ibu saudara mangsa menulis status di facebooknya yang bernama Diyaa Kaif tentang anak buahnya cedera akibat di tampar oleh seorang guru lelaki.
 
  •  Pada hari yang sama juga, ibu mangsa membuat laporan polis di IPD Kajang berkenaan insiden itu dan perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff.

  • Guru tersebut, Jan Raafi juga turut membuat laporan polis dan menafikan tuduhan yang dibuat kepadanya. Dia juga megatakan sekolah tersebut dilengkapi kamera litar tertutup dan boleh lihat rakaman CCTV untuk membuktikannya.

15 Ogos 2018
  • Pihak polis memanggil guru tersebut untuk memberi keterangan mengenai kejadian ini dan dia telah mengaku menampar mangsa tetapi tidak kuat.
  • Pihak polis menunggu keputusan mengenai kesan lebam berkenaan daripada Hospital Kajang dan siasatan akan terus dijalankan.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...