Susulan Kes Fitnah Penyalahgunaan Kuasa Dato’ Seri Eizlan Yusof, Hans Isaac Kemuka Permohonan Maaf

Hiburan

Susulan Kes Fitnah Penyalahgunaan Kuasa Dato’ Seri Eizlan Yusof, Hans Isaac Kemuka Permohonan Maaf

Susulan kes fitnah mengenai salah laku dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd., bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac telah tampil memohon maaf kepada Datuk Seri Eizlan Yusof di atas kesilapannya menyebarkan berita palsu.

Menurut satu kenyataannya yang telah dihantar kepada pihak media, sebaik saja dia menyedari kesilapan dalam mesej yang dihantar dalam group Whatsapp tersebut, Hans Isaac segera ingin membuat pembetulan namun telah terlambat apabila dia telah menerima surat peguam daripada Eizlan Yusof.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

Jelas Hans, pada 16 November 2020, dia telah menghantar mesej dalam kumpulan Whatsapp Persatuan Penerbit Filem Malaysia di mana dia telah mengucapkan tahniah kepada tiga buah syarikat termasuklah Excellent Pictures di mana syarikat ini telah terpilih untuk menerima Dana Kandungan Digital 2020 daripada FINAS. Namun dalam mesej tersebut dia telah tersilap mengaitkan Dato Seri Eizlan Yusof dan Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Sehubungan dengan itu, Datuk Hans Isaac dengan rendah hati telah memohon maaf atas kekhilafannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

“Saya telah menghubungi Dato’ Seri Eizlan Yusof melalui peguamcara saya untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan berhubung dengan kesilapan ini,”

Tambah Hans lagi, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu dan berkali-kali menyuarakan permohonan maaf akibat perbuatan yang tidak disengajakan itu.

Dia dalam pada itu turut berharap Dato’ Seri Eizlan Yusof membuang perkara yang keruh dan mengambil yang jernih atas apa yang telah berlaku dan berharap dapat terus bersama-sama memajukan industri perfileman negara Malaysia.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...