Bekas pelakon yang namanya sering disebut-sebut netizen hingga mendapat perhatian pihak berkuasa gara-gara pengakuannya bergelar antivaksin, Zul Yahya sekali lagi mencuri perhatian apabila memberitahu dirinya keluar daripada jemaah tabligh.

Dia yang menyertai gerakan dakwah Islam itu setelah sekian lama menjelaskan hanya ingin menjaga kemuliaan jemaah berikutan kes yang terpalit ke atas dirinya.
“Jangan kaitkan saya dengan jemaah tabligh bagi menjaga kemuliaan nama jemaah tabligh, saya tidak lagi bersama mereka” tulis bekas pelakon itu menerusi sebuah hantaran di Instagram peribadi miliknya.
View this post on Instagram
Namun begitu, lain pula jadinya apabila ramai yang tampil memberikan respon yang berbeza berikutan keputusan Zul Yahya itu.
Ada juga yang bersetuju namun lebih banyak yang mempersoalkan serta menyindir pelakon filem Gerak Khas The Movie itu.

Terdahulu, Zul Yahya dihentam hebat berikutan penolakannya untuk menerima vaksin COVID-19 serta pandangannya mengenai makanan sunnah yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.

Anonymous
March 8, 2021 at 9:28 pm
Kadang2 kalau nak cakap tu, xpyh buat mcm rakyat yg kebanyakan ni tak tahu agama. Biasanya kalau org tu dulu biasa2, tp bila dia start hijrah n belajar, dia mcm pukul rata & mcm dia paling terer agama. Dah banyak aku tgk mcm ni.
tecit
March 8, 2021 at 9:39 am
aik zulyahya je kene? habis tu si suhaimi saad yg terang2 anti vaksin tu guane??