Susulan Hina Sultan Johor, Ketua JSJ Selangor Nik Ezanee Nak Jumpa Ibu Neelofa

Hiburan

Susulan Hina Sultan Johor, Ketua JSJ Selangor Nik Ezanee Nak Jumpa Ibu Neelofa

Susulan kes penghinaan dan tindakan mempertikaikan kredibiliti Sultan Johor, ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed dilaporkan akan dipanggil Polis Selangor untuk tujuan siasatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pihak polis akan memanggil Kartini untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai kes tersebut.

Advertisement

Maklum Nik Ezanee lagi, Polis Selangor telah berbincang dengan Polis Kuala Lumpur dan merasakan lebih sesuai untuk mereka mengambil alih kes tersebut.

Dia juga memberitahu akan memanggil semula Noor Kartini dalam masa yang terdekat ini.

“Ya saya mengesahkan Polis Selangor akan ambil alih siasatan..pihak kami akan panggil semula Noor Kartini untuk siasatan. Kita telah berbincang dengan Polis Kuala Lumpur..lebih sesuai jika Polis Selangor ambil alih kes ini..”

Sebelum itu, pihak polis dalam sebuah kenyataan media pada hari Ahad lalu melaporkan bahawa telah memulakan siasatan berhubung dengan sebuah hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor yang dibuat oleh ibu kepada selebriti terkenal itu laman Instagram miliknya.

Asisten Komisioner Anuar Omar iaitu Ketua Polis Daerah Brickfields memaklumkan bahawa ada menerima sebuah laporan polis berkaitan perkara itu kira-kira jam 5.44 petang Ahad yang dibuat oleh pemilik akaun.

Laporan yang dibuat Kartini itu memaparkan gambar laporan sebuah portal berita yang bertajuk ‘Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar’.

Noor Kartini IG StorySumber : Instagram Noor Kartini  

Siasatan awal mendapati bahawa hantaran tersebut dibuat oleh seorang wanita yang didakwa pekerja kepada Kartini mengaku tersilap menggunakan akaun Instagram milik pengadu (Kartini).

Semalam, pekerja yang didakwa memuat naik hantaran tersebut iaitu Zulshafiqah Zulkafli tampil menyerah diri dan membuat permohonan maaf serta mengaku bertanggungjawab terhadap kekecohan itu.

noor kartiniSumber : Instagram Zulshafiqah  

Wanita itu turut memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor, dan seluruh kerabat Diraja Johor serta Noor Kartini dan keluarga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...