Abang Nara tertanya-tanya mengapakan gambar Nora Danish yang menjadi pilihan 4 pemuda yang menggelar diri mereka Anak Muda Malaysia. Kenapa tidak gambar Hanez Suraya? Amyra Rosli? Nur Fathia? Mungkin apabila mereka tertangkap nanti, persoalan ini akan terjawab. Video berdurasi 1 minit ini memberi amaran akan membuat bantahan terhadap sistem demokrasi Malaysia yang dikatakan telah hancur dengan cara membakar mercun di mahkamah pada jam 11.30 malam bertarikh 18 Februari ini.
Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya. Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.
Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Cuma yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi
 Semoga perkara ini akan dapat diselesaikan dengan segara dan tangkapan akan dilakukan dengan kadar segera oleh Polis Diraja Malaysia. Kita semua pun tahu akan kecekapan pihak polis dalam menangani isu sebegini. Kepada Nora Danish, diharap bersabar. Mungkin kecomelan anda membuatkan mereka memilih gambar anda untuk diabadikan di dalam video ini. Sumber Berita Harian.
P.S: Kristal yang amat menakjubkan