Susulan COVID-19, Jualan Buku Big Bad Wolf Diadakan Secara Dalam Talian

Trending

Susulan COVID-19, Jualan Buku Big Bad Wolf Diadakan Secara Dalam Talian

Buat ulat buku di luar sana, kini anda pasti gembira apabila pesta buku terbesar tanah air, Big Bad Wolf telah mengadakan jualan atas talian pada tahun ini bermula dari 4 November hingga 11 November depan.

Kebiasaannya buku-buku yang dijual sempena Big Bad Wolf ini acap kali menyajikan harga yang murah belaka jauh lebih berbaloi daripada pembeli di hari biasa.

Advertisement

Dalam hanya satu laman web, tak mengira golongan muda atau tua, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai judul seperti novel, buku perniagaan, atau koleksi buku kanak-kanak.

Menurut laporan, kali ini pihak pengurusan khabarnya menyediakan khidmat penghantaran percuma untuk setiap pembelian RM300 dan ke atas.

 

Lebih menarik, MPH juga tampil menawarkan diskaun sebanyak 40% dengan tambahan 10% lagi untuk setiap pembelian lebih RM200 dalam satu resit melalui jualan atas talian berikutan pandemik COVID-19 mengikut terma dan syarat.

Dedah pihaknya, lebih 20 juta buku dijual bermula dengan harga serendah RM5 sehingga potongan 90 peratus daripada harga asal. Malah, katalog untuk semua item yang dijual juga akan dikemas kini setiap dua minggu.

Jadi, jangan lepaskan peluang, jom mengisi masa yang terluang dengan membaca buku.

Buat anda yang berminat, klik link di bawah untuk membuat pembelian di laman web rasmi mereka.

Big bad wolf: https://shopbigbadwolfbooks.com/my

MPH online: https://www.mphwarehouseclearance.com

Sumber: Malaymail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...