Musim pandemik ini, mesti ramai individu yang terkesan dan hilang punca pendapatan kan? Kesian bila kita dengar cerita tentang ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil terpaksa menggantikan susu anak dengan minuman lain kerana tiada wang hendak membeli susu.
Ibu bapa mana yang tidak sayang anak mereka kan? Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Tapi nak buat macam mana kan, dah terpaksa.
Baru-baru ini tular di TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan seorang wanita terpaksa memberi anaknya minum glucose kerana kehabisan susu dan telah mendapat perhatian warganet.
Beri Anak Minum Glucose?
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita memegang botol susu dan mahu membancuh susu untuk anaknya.
Malangnya susu sudah habis dan dia terpaksa menggantikannya dengan air glucose.
Dia berharap anaknya tidak perasan yang bancuhan tersebut bukanlah susu.
Pastinya warganet sebak bila tengok video itu. Mana tidaknya, mesti ada juga yang turut mengalami nasib yang sama disebabkan situasi pandemik ini.
Siap ada yang dah berniat nak berikan bantuan dan meminta nombor akaun bank wanita tersebut.
Tapi rupanya, di penghujung video semua warganet tidak sangka bahawa ‘anak’ yang dimaksudkan wanita itu adalah anak kambing.
“Air mata masuk balik kak”
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa geram dan terhibur sebaik sahaja selesai menonton video tersebut.
Video tersebut berjaya mendapat 1.1 juta tontonan, 121 ribu ‘likes’ dan 6 ribu komen di TikTok. Korang tengok lah dekat gambar di bawah ini, bermacam ragam komen yang dikeluarkan oleh warganet. Ada yang terhibur dan ada juga yang geram.
Siapa sahaja lah yang tidak tertipu dengan ‘akak’ ini kan? Ya lah.. disangkakan anak betul, rupa-rupanya anak yang diberi minum glusoce itu berbulu. Lah! Kambing rupanya..
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara