Suspek Keluarkan RM16,000 Duit Sabari Baharom Dan Pergi Ke Batam Untuk Berjudi Di Kasino

Trending

Suspek Keluarkan RM16,000 Duit Sabari Baharom Dan Pergi Ke Batam Untuk Berjudi Di Kasino

Dalam perkembangan terbaru kes bunuh pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, seorang sumber mendedahkan salah seorang suspek yang dipercayai mencampak mangsa ke dalam sungai telah melarikan diri ke Batam, Indonesia sebelum ditahan polis.

Menurut sumber itu lagi, suspek dan anak saudaranya berusia 26 tahun (suspek kedua) telah membunuh mangsa dan mengeluarkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.

Advertisement

sabari baharom

Suspek juga dikatakan mempunyai masalah ketagihan berjudi dan selalu keluar dari negara untuk melakukan kegiatan tersebut selain turut bermain judi dalam talian.

Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi. Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan pihak polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lepas, selepas tidak menyedari polis berjaya mengenal pasti identiti mereka.

pencarian sabari baharom

Terdahulu, polis memaklumkan pencarian mayat Sabari dihentikan selepas tidak menemukan sebarang petunjuk sejak operasi tersebut dimulakan.

pembunuhan kejam sabari baharom
3 months ago

Polis Dedah Sabari Baharom Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek Ketika Samun - “Dicampak Ke Sungai Hidup-Hidup”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...