Seorang suspek berusia 14 tahun yang terlibat dalam kes menikam secara kejam pelajar berusia 16 tahun, Yap Shing Xuen, di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, telah didakwa atas pertuduhan pembunuhan di mahkamah, dua hari yang lalu.
Walaupun orang ramai gembira kerana suspek akhirnya dibawa ke muka pengadilan, seorang peguam tampil memberikan pandangan mengenai suspek, di mana beliau beranggapan remaja itu turut menjadi mangsa akibat insiden berkenaan, seperti memetik China Press.
Sumber : UTUSAN MALAYSIA Saya tahu ada seseorang telah kehilangan nyawa, tetapi pada pandangan saya, dengan keadaan suspek, dia juga adalah seorang mangsa.
“Oleh itu, saya berharap pakar dapat memberikan pendapat mereka supaya pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai kemungkinan sebab di sebalik tingkah laku suspek dapat diperoleh,” kata Kitson Foong, yang hadir sebagai amicus curiae (sahabat pengadilan) di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Mahkamah membenarkan suspek menjalani penilaian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menilai keadaan mentalnya pada masa dia melakukan kesalahan tersebut.
Kejadian di Mahkamah
Suspek, yang tidak didedahkan namanya kerana masih di bawah umur, hadir ke mahkamah bersama ibu bapa dan didakwa atas pertuduhan pembunuhan. Dia dilaporkan menunjukkan sikap tenang dan diam, tanpa menzahirkan emosi, hanya mengangguk sebagai tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes pembunuhan bagi individu di bawah umur adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah menetapkan 21 November sebagai tarikh penyerahan laporan forensik dan patologi.
Hukuman
Di bawah Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001, suspek tidak akan dijatuhkan hukuman mati walaupun disabit kesalahan membunuh. Sebaliknya, dia akan dikenakan tahanan di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bergantung pada lokasi kejadian.
Tempoh tahanan suspek akan dikaji setiap tahun untuk kemungkinan pelepasan oleh pihak berkuasa berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
