Suspek Conteng Dinding ‘Kerajaan Gagal’ Diberkas Polis

Kehidupan

Suspek Conteng Dinding ‘Kerajaan Gagal’ Diberkas Polis

Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana dipercayai menconteng dinding dengan tulisan biadab menggunakan penyembur cat di beberapa lokasi di Taiping.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, lelaki berusia 30-an itu diberkas di sebuah rumah di Taman Sungai Mas pada jam 3.45 petang.

Advertisement

Menurutnya, siasatan terhadap suspek membawa kepada rampasan satu blok tulisan ‘Kerajaan Gagal’, satu tin penyembur cat dan sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

“Rampasan itu dibuat selepas suspek menunjukkan peralatan yang digunakannya untuk membuat contengan pada dinding-dinding bangunan”.

contengan biadap yang dibuat oleh suspek

“Lelaki itu dan barang kes di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Taiping hari ini”.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...