Suspek Bunuh Kucing Di Dobi Diarah Ke Hospital Bahagia Untuk Pemerhatian

Trending

Suspek Bunuh Kucing Di Dobi Diarah Ke Hospital Bahagia Untuk Pemerhatian

Gempar sebelum ini mengenai insiden kejam yang dilakukan oleh seorang lelaki di sebuah dobi layan diri. Lelaki tersebut didakwa membunuh tiga ekor kucing dengan memasukkan mereka di dalam mesin basuh. Namun, suspek mengaku tidak bersalah di atas perbuatan kejam yang dilakukan pada 12 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak sepatutnya kepada tiga kucing.

Advertisement

Mengaku tidak bersalah

suspek dobi

Suspek mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan membunuh tiga kucing dengan melemaskan haiwan itu dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Subseksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama. Jika disabit kesalahan, penganggur itu boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 atau tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Dibawa ke Hospital Bahagia

hospital bahagia

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, N Nageswara memohon mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Ini adalah untuk pemerhatian dan penelitian memandangkan perwatakan tertuduh tidak stabil.

Mahkamah kemudian memberikan kebenaran suspek ditempatkan di hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut selama sebulan. Manakala, tarikh sebutan kes ditetapkan pada 13 Ogos depan. Sebelum ini, lelaki tersebut didakwa merupakan orang kurang siuman dan hidup sebagai gelandangan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...