October 7th, 2020

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad dilaporkan telah meneruskan rawatan kesuburan In-Vitro Fertilization (IVF) pada rabu lalu setelah beberapa kali tertangguh atas alasan kerja.

Dia turut memberitahu media bahawa pada hari pertama rawatan tersebut, pakar perubatan bertugas turut mengajar suaminya, Shamsul baharin Abdul Rahman tentang cara memberi suntikan di bahagian perutnya yang perlu dilakukan di rumah.

Siti Elizad,36, telah memuat naik video serta foto di Instagram sepanjang proses rawatan itu berlangsung supaya anaknya kelak dapat menatap dan menyedari bahawa sukarnya proses untuk mendapat seorang cahaya mata.

View this post on Instagram

Bismillahhirrahmanirrahim ?? . My very 1st day injection for IVF . Hari ni check darah . Sambil tu Doctor & nurse ajar husband cara nak inject dekat bahagian perut . ? Jadi hari ni hari pertama kami . Dah mula proses cucuk2 sendiri dekat rumah sendiri , doakan kami ya ?? . Inshaallah jumpa Doctor lagi 2 weeks time . Thank You Doctor Azlin @sophea_fertility . ( yg tya tentang harga , i xde jawapan . Sbb masalah kita semua lain2 ya ? . Cuma apa i boleh rekemen harga berpatutan & Doctor , nurse semua sgt friendly . Boleh call & DM @sophea_fertility terus mereka ya . ? 0376228622 P/s : ā€œ ssh nya nak dapat awak ni ANAK ā€œ ? . Harap2 awak tgk lah video & gambar2 mcm mana struggle nya nak dpt kan awak . ? Ya Allah perkenankan lah doa ku yg satu ni , juga buat mereka yg ttc seperti saya . ?????? #elizadivfjourney

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

“Jadi hari ini, hari pertama kami. Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah. Doakan kami ya. Insya-Allah jumpa doktor lagi dua minggu. Susahnya nak dapat awak ini anak. Harap-harap awak tengok la video dan gambar-gambar macam mana kerja kerasanya untuk dapatkan awak,”

Dalam pada itu, dia turut mendoakan agar insan yang senasib dengan dirinya supaya dipermudahkan urusan untuk mendapatkan cahaya mata.

Siti Elizad juga turut ditanya mengenai kos perubatan untuk melakukan prosedur kesuburan itu namun dia tidak dapat memberi jawapan kerana harga untuk melakukan rawatan itu berbeza mengikut permasalahan yang dihadapi pasangan.

Sebelum ini, Elizah memberitahu dia sepatutnya melakukan rawatan kesuburan IVF pada Februari lalu namun terpaksa ditunda kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri.


One response to ““Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak..” Siti Elizad Dan Suami Belajar Cara Suntik In-Vitro Fertilization (IVF) Di Rumah”

  1. former ttcian says:

    Hadoi blom apa2 dh kata struggle..rilek2 jela kak oi kalau x susah nak lekat nnt..ckp yg elok2 je, praktis awal2 sblm jd mak ni..nnt dh jd mak kata2 awak tu semua doa utk anak

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...