“Susah Sangat Ke Nak Jaga Anak Sorang?” – Kata Isteri ‘Tak Berhati Perut’, Suami Bengang Waktu ‘Melepak’ Diganggu

Kehidupan

“Susah Sangat Ke Nak Jaga Anak Sorang?” – Kata Isteri ‘Tak Berhati Perut’, Suami Bengang Waktu ‘Melepak’ Diganggu

Mendirikan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi apabila pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata, maka tanggungjawab yang dipikul menjadi lebih berat.

Tanggungjawab menjaga anak sememangnya memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak iaitu suami serta isteri. Kehidupan sewaktu masih bujang juga perlu dilupakan kerana kehidupan sudah berbeza.

Advertisement

Tetapi, baru-baru ini, tular satu ciapan luahan seorang suami berasa ‘penat’ dengan isteri yang sering menganggu masanya ‘lepak’ bersama kawan-kawan.

Melalui status screenshot yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter itu, kelihatan lelaki berkenaan mempersoalkan tindakan isteri sering menelefon bertanya bila mahu pulang ke rumah biarpun baru saja meluangkan masa bersama rakan di luar.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa lelah serta penat bekerja siang malam mencari duit buat keluarga, jadi tidak salah untuk dirinya ‘melepak’ bersama rakan-rakan.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen tweet tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap individu berkenaan dan berkata, jika mahu berkelakuan seperti itu, dia tidak perlu berkahwin dan mempunyai anak pada mulanya.

suami hukum isteri belanja 300
2 years ago

“Boros!!” - Beli Barang Dapur Sampai RM300, Suami Hukum Isteri Cuci Peti Sejuk Sampai Jam 2 Pagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...