Mendirikan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi apabila pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata, maka tanggungjawab yang dipikul menjadi lebih berat.
Tanggungjawab menjaga anak sememangnya memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak iaitu suami serta isteri. Kehidupan sewaktu masih bujang juga perlu dilupakan kerana kehidupan sudah berbeza.
Tetapi, baru-baru ini, tular satu ciapan luahan seorang suami berasa ‘penat’ dengan isteri yang sering menganggu masanya ‘lepak’ bersama kawan-kawan.
Bincangkan! pic.twitter.com/9k3fY8hM2r
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) February 2, 2023
Melalui status screenshot yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter itu, kelihatan lelaki berkenaan mempersoalkan tindakan isteri sering menelefon bertanya bila mahu pulang ke rumah biarpun baru saja meluangkan masa bersama rakan di luar.
Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa lelah serta penat bekerja siang malam mencari duit buat keluarga, jadi tidak salah untuk dirinya ‘melepak’ bersama rakan-rakan.
Meninjau di ruangan komen tweet tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap individu berkenaan dan berkata, jika mahu berkelakuan seperti itu, dia tidak perlu berkahwin dan mempunyai anak pada mulanya.