Selama bertahun-tahun ramai menantikan penyanyi rap, Malique muncul di khalayak ramai atau sekurang-kurangnya berkongsi tentangnya di akaun media sosial.
Mana tidaknya, Malique seakan-akan ‘lenyap’ sejak mendirikan rumah tangga namun masih aktif mencipta lagu untuk ramai anak seni.
Sebab itu jugalah, hantaran dimuat naik Malique semalam mencuri perhatian ramai terutama peminatnya yang ternanti-nanti kemunculan semula bekas ahli kumpulan Too Phat berkenaan.
Hantaran itu memaparkan swafoto Malique bersama isterinya, Melissa Maureen bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 tahun.
View this post on Instagram
Meskipun ia foto mereka yang lama namun perkongsian Malique itu meraih perhatian dan pelbagai komen daripada warganet di Instagram.
Kebanyakannya teruja kerana ia seperti perkembangan positif apabila Malique sudah mula berkongsi foto memaparkan wajahnya.
Disebabkan itu, mereka berharap suatu hari nanti Malique benar-benar akan berkongsi foto terbarunya di media sosial. Dalam pada itu, peminat turut membuat ucapan ulang tahun perkahwinan kepadanya.
Malique dan Melissa mendirikan rumah tangga dalam satu upacara tertutup di Bali pada 8 Ogos 2008 dan perkahwinan mereka terbongkat apabila beberapa foto ketika majlis itu tersebar di emel, forum dan blog.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.