Susah Nak Dapat Snek Segera Yang Lebih Sihat? First Pride Green Series Kan Ada!

Branded

Susah Nak Dapat Snek Segera Yang Lebih Sihat? First Pride Green Series Kan Ada!

“Lapar pula malam-malam ni, nak goreng nugetlah”

Hidup yang sibuk dan waktu makan yang tidak menentu membuatkan ramai yang memilih snek segera untuk hilangkan rasa lapar dengan pantas. Selalunya snek macam ni senang je nak masak, tak payah nak goreng-goreng, guna air fryer je settle!

Walaupun begitu, kebanyakan snek segera di pasaran mempunyai lemak tepu yang tinggi sehingga menyebabkan ia kurang sihat jika diambil dengan kerap untuk tempoh yang panjang. 

Tapi anda tahu tak sekarang ni dah ada snek segera yang lebih sihat? Seriuslah?!

First Pride Green Series pilihan lebih sihat 

First pride Green Series

Sejujurnya admin setiap bulan ketika shopping barang dapur mesti akan beli snek segera seperti nuget atau jejari ayam sebagai backup makanan. Tapi bila nak makin berusia baru terasa nak amalkan gaya hidup sihat. 

Masa tengah pilih stok snek segera hari tu, ada terperasan jenama First Pride tapi ada tulis Green Series. Admin yang penuh persoalan ni pun belilah satu First Pride Bites untuk dicuba, sebab setahu admin kalau ada perkataan green ni, makanan tu plant-based dan jarang nak dapat di Malaysia.

Kalau anda nak tau, bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup vegan dan mengurangkan pengambilan daging selalunya mereka akan memilih produk yang berasaskan plant-based ni. 

Berbalik kepada, First Bites Green Series tadi, lepas balik rumah dan air-fryer snek segera yang dibeli, sejujurnya admin sendiri terperanjat dengan rasanya sebab rasa macam snek berperisa ayam sebenarnya. Bila tengok kandungan, ia rupanya diperbuat daripada gandum dan soya serta bebas lemak tepu. Wow, terus tak rasa bersalah bila makan!

Menariknya mengenai produk First Bites Green Series ini, kesemuanya produknya 100 peratus mendapat sijil HALAL JAKIM. Jadi nak makan pun tak rasa was-was.

Snek segera WAJIB cuba untuk ‘guilt free’

Selalu kalau makan snek segera yang diambil dengan kuantiti yang banyak mesti rasa agak bersalah kan? Tapi lepas ni anda bertukarlah ke First Pride Green Series. 

Produk sebenarnya dah ada ni di pasaran Malaysia sejak tahun lalu dengan 3 pilihan snek iaitu First Pride Bites, First Pride Spicy Nuggets dan First Pride Strips

First Pride Green Series

Tahun ni, First Pride Green Series tambah 3 lagi variasi dengan citarasa Malaysia, First Pride Hainanese Cutlets, First Pride Satay Strips dan First Pride Masala Bites. Kena cuba ni!

First Pride Green Series ni senang je nak prepare tau, BeautifulNara yakin ramai sekarang ada air fryer kat rumah kan? Sekarang masanya nak manfaatkan air fryer anda. Mula-mula setkan air fryer pada suhu 180°C, kemudian ikut timing di bawah untuk setiap hidangan:

First Pride Spicy Nuggets- 11-12 minit

First Pride Strips-13-14 minit

First Pride Bites-10-11 minit

First Pride Hainanese Cutlets- 13-14 minit

First Pride Satay Strips-13-14 minit

First Pride Masala Bites-10-11 minit

Variasikan hidangan dengan First Pride Green Series

Selain daripada dijadikan snek segera, anda sebenarnya boleh je nak kreatifkan hidangan yang dimasak. Ni kami kongsikan hidangan menggunakan produk First Pride Green Series yang kami yakin boleh berikan anda idea untuk hidangan sihat yang enak.

Curry Butter Bites 

First Pride Green Series

Kredit: @raffieyusoff

Whole wheat English Muffin

First Pride Green Series

Kredit: @princessmiharu

Strips wrap

First Pride Green Series

Kredit: @fei.ryusophy

Jom lebih sihat dengan First Pride Green Series

Memandangkan bulan puasa pun nak dekat ni, kami cadangkan sangat kalau anda jadikan First Pride Green Series sebagai stok hidangan di rumah.

Kalau nak cepat sediakan juadah bersahur, hanya perlu air fryer je. Untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup vegan dan yang nak beralih kepada gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan daging. Jadikan First Pride Green Series sebagai pilihan anda.

First Pride Green Series boleh didapati di pasaraya besar seperti AEON, AEON Big, Giant, Mydin, Cold Storage, Village Grocer, Jaya Grocer, Lulu Hypermarket, Lotus’s Store, Cold Storage dan Mercato.

Tak sempat nak pergi pasaraya? Beli je secara online di Pandamart, Lazada dan Shopee.

Maklumat lanjut anda boleh ikuti Facebook dan Instagram First Pride Green Series.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...