March 23rd, 2012

Bangun pagi dan terkena buatan orang. Memang dua perkara yang nampak macam tiada kaitan tetapi itulah yang mungkin berlaku kepada pelakon lelaki bernama Shah Jaszle. Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Shah Jaszle menerangkan beberapa sebab tentang dirinya yang sering lambat menghadiri majlis atau penggambaran kerana lambat bangun pagi.
shah jaszle

Kata Shah Jaszle:-

Apapun, saya berjanji untuk mengatasi masalah bangun pagi yang dihadapi ini dengan segera untuk kebaikan semua pihak. Saya juga pernah dimasukkan ke hospital kerana dikatakan ada jangkitan kuman pada buah pinggang, tapi selepas doktor membuat pemeriksaan, buah pinggang saya okay. Saya juga percaya mungkin saya sakit kerana terkena buatan orang,

Namun anda jangan kata Shah Jaszle tidak berusaha untuk mengatasi masalah kroniknya ini. Yang penting Shah Jaszle mengakui dan meminta maaf atas sikapnya yang satu ini.

Saya mengaku memang ada masalah untuk bangun pagi dan tidak boleh tidur malam, sejak kebelakangan ini. Saya minta maaf jika saya menyusahkan ramai pihak. Saya sudah cuba mengambil pil untuk membantu saya tidur yang diperkenalkan kakak, tapi saya pula tidur selama dua hari dan kakak saya pun tak berani nak beri makan pil itu lagi. Saya cuba guna jam loceng untuk bangun pagi, tapi masih tidak membantu masalah dihadapi.

Kesian pulak dengar cerita Shah Jaszle ini. Apa pun nasihat Abang Nara, apa kata cuba tidur awal seminggu dua. Mana tahu sebenarnya terbangun lambat sebab tidur memang dah lambat. Tak gitu?


169 responses to “Susah Bangun Pagi, Shah Jaszle Mungkin Terkena Buatan Orang”

  1. minah says:

    daripada ko tdo kena buatan org baik die buat ko xsedar terus, al-fatihah.

  2. mamat says:

    woi, ko xsekolah ker?nampak sgt pemalas.

  3. Untitled says:

    camane nk solat subuh kalo ssh nk bgun pagi bang ? buatan org, khurafat je smua tu … brdoa pd Allah spya pykit malas bgun pgi tu dsembuhkan … ni msti kes abg tgok bola ni! :D

Loading...