Jika anda mempunyai aplikasi Netflix, pastinya ada terserempak dengan siri dokumentari terbaru berjudul ‘Surviving Black Hawk Down’.
Secara ringkas, ‘Surviving Black Hawk Down’ adalah siri dokumentari tiga bahagian yang ditayangkan di Netflix pada Februari 2025. Ia mengupas peristiwa Pertempuran Mogadishu pada 1993, di mana dua helikopter Black Hawk tentera AS ditembak jatuh, mengorbankan 18 askar AS dan ratusan warga Somalia.
Dokumentari ini menampilkan wawancara dengan askar AS, pejuang Somali, dan penduduk Mogadishu, serta rakaman arkib dan semula lakon. Tujuannya adalah memberi pandangan lebih seimbang tentang pertempuran tersebut, berbeza dengan filem “Black Hawk Down” (2001), serta menggali kesan jangka panjang terhadap individu dan masyarakat Somalia.
Namun, penerbitan dokumentari itu dikritik penonton negara Malaysia yang merasakan, inti pati cerita tersebut menafikan penglibatan askar Malaysia yang sebenarnya menyelamatkan tentera Amerika Syarikat pada ketika itu.
Malah, menurut netizen, penerbitan itu ‘bercerita bohong’ dan mengangkat jasa tentera AS yang terdiri daripada Task Force Ranger dan Quick Reaction Force (QRF) yang kononnya terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat mereka yang terperangkap.
Sekadar info, pada 3 Oktober 1993, ketika insiden Black Hawk Down berlaku di Mogadishu, Somalia, helikopter Black Hawk milik tentera AS ditembak jatuh oleh militia Somali.
Tentera Malaysia dari MALBATT (Malaysia Battalion), yang berada di bawah misi United Nations, segera bertindak untuk menyelamatkan askar AS yang terperangkap.
Diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Zaki Yusof, pasukan MALBATT bekerjasama dengan tentera negara lain untuk melindungi dan mengawal kawasan sekitar, menggunakan kenderaan tempur untuk memastikan keselamatan askar AS yang diserang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.