Suruhanjaya Tenaga Diarah Siasat Bil Elektrik Tinggi

Trending

Suruhanjaya Tenaga Diarah Siasat Bil Elektrik Tinggi

Bagi menyelesaikan masalah kenaikan bil elektrik yang tinggi dari orang ramai di Malaysia kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin membentangkan pertemuan dengan TNB.

Dipetik dari Bernama, Yeo berkata Suruhanjaya Tenaga (SPR) akan menyiasat isu ini dalam masa 14 hari.

Advertisement

Beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap TNB jika syarikat utiliti itu didapati tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 9C Akta Bekalan Elektrik 1990, di mana ia perlu memenuhi standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan pengguna.

Namun, katanya pihak ST tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, dan oleh itu siasatan seterusnya akan dijalankan.

Bagi ST masa untuk menyiasat dan kemudian satu laporan menyeluruh akan dikemukakan.

Kami memberi jaminan kepada pengguna yang mendapat bil yang tidak munasabah bahawa aduan mereka akan didengari dan berharap TNB dapat menanganinya sebelum pengguna pergi ke ST kerana ia sepatutnya buka saluran untuk aduan orang ramai.

Menurut Yeo, dalam pertemuan antara ST dan TNB itu, syarikat utiliti itu itu telah menyatakan tiga alasan kepada ST antaranya mengenai pembilan yang dibuat melebihi 30 hari, malah ada kes di mana bil eletrik dikira sehingga 38 hari.

Antara alasan yang diberikan TNB itu juga menunjukkan terdapat ‘kecuaian’ teknikal di pihak syarikat utiliti itu dan oleh itu, TNB perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Menurut Yeo, TNB boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 bagi setiap kes yang diadukan oleh pengguna sekiranya didapati bersalah.

Selain itu, TNB yang juga pemegang lesen dalam isu itu boleh dicaj RM500 sehari atas sebab kelewatan menyelesaikan kes pengguna

Yeo menyeru orang ramai untuk menyemak bil eletrik mereka dengan TNB terlebih dahulu sebelum mengemukakan aduan kepada ST jika tidak mendapat layanan adil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...