Suria Bayarkan Dapat Sambutan Meriah!!!

Hiburan

Suria Bayarkan Dapat Sambutan Meriah!!!

Fuh ~~~ Memang hebat penangan kempen “Suria Bayarkan” yang sedang dianjurkan oleh Suria FM ini. Antara bil-bila yang diterima untuk kempen yang akan berakhir pada 27 September ini  ialah bil kad kredit, bil barangan dapur, bil utiliti, bil eletrik dan bil telefon. Mesti pening kepala Suria FM nak pilih mana satu bil yang mahu dibayarkan oleh mereka.

suria bayarkan

Advertisement

Yang menariknya, ada satu bil yang telah dihantar merupakan bil kad kredit bernilai RM144,000. Banyak gila kot. Fuh ~~ Hebat juga perbelanjaan rakyat Malaysia ini. Untuk makluman anda, Suria FM ada sehingga RM50,000 untuk bayarkan bil-bil anda. Jadi korang hantarlah apa jenis pun di laman web Suria FM. Kalau bertuah dan terpilih, bil anda akan dibayarkan oleh Suria FM.

suria

Paling best, kalau korang ada bil PTPTN pun boleh minta Suria FM bayarkan. Inilah peluang anda untuk menghabiskan hutang anda ketika belajar dahulu. Cuma perlu upload gambar bil-bil anda ke www.suriafm.com.my dan berdoa agar anda dimurahkan rezeki dan terpilih. Selepas upload, pastikan sentiasa dengar Suria FM sebab korang kena telefon dalam tempoh 15 minit selepas nama anda diumumkan. Kalau terlepas, jangan menangis tak berlagu pulak.

suriaJangan lepaskan peluang keemasan ini. Sekali lagi diingatkan, kempen ini akan berakhir 27 September ini. Hanya tinggal kira-kira 2 minggu sahaja lagi. Cepat-cepatlah hantarkan gambar bil korang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria FM.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...