Suri Rumah Rugi RM65,000 Ditipu ‘Macau Scam’ Dalam Masa Hanya Dua Jam

Trending

Suri Rumah Rugi RM65,000 Ditipu ‘Macau Scam’ Dalam Masa Hanya Dua Jam

Suri rumah berusia 53 tahun mengalami kerugian RM65,000 selepas ditipu sindiket ‘Macau Scam’ yang memintanya untuk memindahkan wang simpanan ke dalam akaun individu tidak dikenali di Kuantan.

Mohd Wazir Mohd Yusof Superintendan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang berkata, mangsa mendakwa dirinya telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sekitar awal bulan ini.

Advertisement

Diberi masa dua jam

Gambar sekadar hiasan

Suspek telah memaklumkan kepada mangsa mengenai perintah mahkamah untuk membekukan aset peribadi mangsa kerana terlibat dalam satu kes. Mangsa juga hanya diberi masa selama dua jam sahaja untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Gara-gara takut dipenjarakan, mangsa mengambil tindakan untuk menurut sahaja semua arahan suspek untuk memindahkan wangnya ke akaun yang diberikan dan mangsa juga diarahkan untuk tidak memaklumkannya kepada individu lain.

Mangsa hanya sedar dirinya telah ditipu selepas bercakap dengan ahli keluarganya mengenai kejadian itu kelmarin. Sebaik sahaja menyedarinya, mangsa terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Mangsa lain

Gambar sekadar hiasan

Terdapat satu lagi kes yang dimaklumkan, iaitu seorang doktor wanita yang berusia 44 tahun telah membuat laporan di IPD Rompin kerana mendakwa dirinya  telah mengalami kerugian RM23,000. Di dalam kes itu, dia diperdaya oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis bergelar ‘datuk’.

Menurut Mohd Wazir, mangsa mendakwa dirinya dihubungi oleh suspek berhubung dengan siasatan tunggakan cukai pendapatan berhubung dengan syarikat yang kononnya telah didaftarkan atas mangsa.

Suspek juga dikatakan telah mengambil maklumat peribadi perbankan mangsa dengan alasan bagi tujuan siasatan. Tetapi malangnya selepas beberapa hari, mangsa mendapati baki akaun banknya telah berkurangan.

Mohd Wazir berkata, siasatan kedua-dua kes ini dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...