Suri Rumah Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan Dengan Hanya Menjual Keropok ‘Super Ring’

Kehidupan

Suri Rumah Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan Dengan Hanya Menjual Keropok ‘Super Ring’

Snek popular jenama tempatan ini sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia malah turut digemari oleh pelancong dari luar negara. Sebelum ini juga, snek ‘Super Ring’ mendapat permintaan yang tinggi di Korea Selatan selepas penyanyi kumpulan Blackpink iaitu Jennie dan Jisoo yang turut menyukainya.

Di atas sambutan yang cukup baik daripada peminat di luar negara, suri rumah ini berjaya menjana pendapatan yang tinggi dengan hanya menjual ‘Super Ring’ di platform eBay. Dikhabarkan juga, keropok ‘Super Ring’ mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada peminat di Amerika Syarikat.

Advertisement

Harga mencecah RM50

super ring

Lebih mengejutkan, Rabiatul Adilah memberitahu harga bagi snek berharga RM1.60 di Malaysia ini boleh mencecah sehingga AS$12 (RM50) di Amerika Syarikat. Oleh kerana sambutan yang cukup tinggi dari peminat di sana, ramai yang sanggup membayar pada harga yang tinggi untuk menikmati snek popular ini.

Difahamkan, ibu kepada tiga orang anak ini sudah berkecimpung dalam perniagaan atas talian di platform eBay ini selama setahun. Selain daripada snek ‘Super Ring’ ini, beliau juga pernah menerima permintaan yang tinggi untuk ubat nyamuk di Finland.

“Pernah satu ketika, saya dapat permintaan untuk ubat nyamuk berbentuk kepingan itu sehingga 24 bungkusan dalam masa dua ke tiga hari.”

Pada ketika ini, para suri rumah dilihat begitu kreatif dalam mencari pendapatan sampingan untuk membantu keluarga. Selain daripada snek ‘Super Ring’ pelbagai barang yang unik dan tidak disangka-sangka juga mendapat permintaan yang tinggi seperti daun pandan, petai dan juga tempe.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...