Seorang wanita yang bergelar suri rumah didakwa memberi pinjaman wang tanpa lesen serta mengenakan bunga sebanyak 10 hingga 15 peratus.
Memetik laporan Kosmo, wanita yang berusia 56 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah telah menetapkan 10 bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.
Difahamkan, tertuduh dipercayai membantu memberi pinjaman wang dan menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen yang sah.
Polis telah menahan wanita berkenaan dan merampas beberapa dokumen yang dipercayai digunakan dalam aktiviti tersebut.
Hasil siasatan mendapat tertuduh telah menjalankan kegiatan tersebut dari tahun lalu dan memberi pinjaman dalam kalangan rakan-rakannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.