Suri Rumah Aktif Curi ‘Handbag’ Dan Dompet Orang Ramai Di Pasar Raya Akhirnya Diberkas, Dalam Surau Pun Mencuri…

Kehidupan

Suri Rumah Aktif Curi ‘Handbag’ Dan Dompet Orang Ramai Di Pasar Raya Akhirnya Diberkas, Dalam Surau Pun Mencuri…

Selepas sekian lama aktif melakukan perbuatan mencuri, seorang suri rumah di Melaka akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis. Menurut polis, suspek berusia 45 tahun itu ‘gian’ mencuri beg tangan dan dompet pengunjung di sebuah pasar raya di Ayer Keroh.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga turut mencuri dompet pengunjung yang menunaikan solat di dalam surau pasar raya tersebut.

Advertisement

suri rumah penyeluk saku pasar raya

Suspek yang juga ibu kepada empat orang anak itu ditahan hasil risikan sepasukan anggota dari Balai Polis Ayer Keroh dan serbuan dilakukan selepas suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan berjalan ke arah pintu masuk pasar raya menuju ke kawasan parkir.

“Pemeriksaan beg sandang dibawa suspek menjumpai dua dompet yang mana di dalamnya terdapat dokumen milik beberapa individu lain dipercayai mangsa kejadian curi,” kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit.

suri rumah penyeluk saku pasar raya

Suspek beralamat di Pulau Pinang dan didapati mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah sama dan dua kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tambah Christopher, kesemua barangan yang diperiksa telah dirampas dan kini suspek ditahan di lokap di Balai Polis Malim bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wanita scammer
3 months ago

“Dia Tenung Tajam, Perhatikan Gerak Geri..” - Hati-Hati Wanita ‘Scammer Golongan Ibu’ Berleluasa, Minta Bayarkan Lampin Bayi Di Pasar Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...