Surau Di Kompleks Beli-Belah Dan R&R Dibenarkan Buka Mulai Esok

COVID-19

Surau Di Kompleks Beli-Belah Dan R&R Dibenarkan Buka Mulai Esok

Semua surau di dalam kompleks beli-belah dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) turut diarahkan supaya ditutup sebelum ini, ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.

Walaupun arahan ini telah memberikan kesukaran kepada umat Islam yang berada di dalam kawasan tersebut untuk menunaikan ibadah, namun kita perlu akur kerana ia adalah bagi memastikan supaya kita tidak terdedah kepada jangkitan wabak COVID-19.

Advertisement

Kini umat Islam di negara ini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan kesemua surau-surau ini telah dibenarkan kembali dibuka esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan perkara itu  dan turut menyatakan

Katanya, pembukaan surau di pusat beli-belah dan R&R tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan pengunjung perlu mengamalkan disiplin diri penjarakan sosial.

“Kita tahu rentas negeri kini dibenarkan mulai esok dan saya percaya ramai akan melakukan perjalanan jauh. Begitu juga dengan pusat membeli belah yang kini sudah ramai pengunjung.”

Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 9 Jun, akan disambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 13 Ogos ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...