Surat Terbuka Kepada Rita Rudaini Daripada Seorang Peminat Setia

Hiburan

Surat Terbuka Kepada Rita Rudaini Daripada Seorang Peminat Setia

Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon Rita Rudaini sememangnya menarik perhatian banyak pihak. Semalam, Abang Nara telah menerima satu email daripada seorang peminat setia Rita Rudaini. Isi kandungannya yang agak berbeza menyebabkan Abang Nara terasa ingin berkongsi email tersebut dengan pembaca di sini. Semoga Rita Rudaini membaca surat ini dan mengambil langkah yang sewajarnya.

rita

Advertisement

Assalamualaikum Abg NARA,

Saya amat berharap abg dapat membaca dan meniliti email yang saya hantarkan ini. Saya merupakan peminat Rita Rudaini (RR), bagi saya beliau merupakan seorang pelakon yang baik dan saya berasa begitu yakin beliau juga merupakan seorang yang baik dalam realiti hidup sebenar. Sebagai peminat, saya tidak akan bertindak bias dengan memandang kosong akan kelakuannya dan tindak – tanduk beliau yg boleh disifatkan akan keterlaluan. Saya bukanlah ingin bertindak bijak dan mengkritik, tetapi email ini hanya untuk menyelamatkan beliau daripada mendapat kata cerca serta cacian daripada orang – orang yang membaca kisah pergolakan rumah tangga beliau.

Kepada Kak Rita yang amat dikasihi,

Saya bukanlah sesiapa, mungkin setiap luka yang kakak alami tidak mungkin saya dapat rasakan. Sedalam mana luka itu, betapa sengsaranya kehidupan kakak sememangnya jelas terpancar di wajah kakak. Saya amat faham, tahap kesabaran kita sememangnya ada batasnya, tetapi saya amat berharap kakak dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan khalayak umum. Kakak, berdiam diri adalah yang terbaik buat masa kini. Kita sebagai kaum hawa tidak sepatutnya menjaja kisah rumah tangga kepada khalayak. Saya faham, banyak kenyataan yang dikeluarkan daripada pihak Aidil dan keluarga. tetapi berbaliklah kepada konsep Islam itu sendiri. Biarpun buruk layanan sang suami, atau apa sekalipun selagi kita ini merupakan isteri yang sah, adalah tidak sepatutnya kita membuka pekung di dada.

Maafkan saya, kadangkala kakak begitu rancak bertwitter tentang kehidupan rumah tangga yang kian merudum. Kenyataan kakak kepada para wartawan begitu lancang. Sedar atau tidak, perbuatan kakak ini menimbulkan fitnah dan cacian orang terhadap diri kakak sendiri. Ada yang pada mulanya kasihan bertukar menjadi meluat. Kakak, sebagai seorang peminat, saya tidak mahu melihat kakak terus dimaki dan dihina oleh mereka – mereka yang acap kali menjadi hakim di alam maya. Cukuplah kakak.

Setiap masalah datangnya dari Allah sebagai ujian dan tanda kasihnya kepada hambaNya. Dan Allah juga mempunyai cara penyelesaiannya. Bukan dengan mengeluarkan kenyataan balas yang menampakkan kelemahan kita sebagai seorang perempuan. Jangan rendahkan martabat diri kita. Buat masa sekarang sekiranya kakak masih mencintai dan ingin rumah tangga kembali aman, turutilah Aidil walaupun perbuatannya amat tidak matang. Namun jika sebaliknya, mohonlah petunjuk dan kekuatan dari yang Maha Esa.

Saya mohon kakak terus berkarya, mencari rezeki untuk membesarkan anak -anak. Buktikan bahawa kakak merupakan wanita solehah yang tidak mudah melatah dan tinggi martabatnya. Sebagai seorang peminat saya berasa cukup sedih membaca kara-kata cacian orang ramai terhadap kakak. Namun, ada rasional mengapa mereka berbuat demikian. Saya doakan kakak menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Berubahlah menjadi wanita solehah yang disengani. Masalah rumah tangga tidak perlu dikongsi dan diberi pendedahan yang begitu luas di pihak umum. Maafkan saya jika email ini menyakitkan.

Kepada Abg NARA,
tersiar atau tidak tulisan ini bukan persoalannya. Saya amat berharap abg dapat menyampaikan luahan ini kepada kak RR. Saya tidak mahu beliau mendapat cacian serta tanggapan negatif dari sesetengah pihak. Saya yakin abg nara akan membantu saya. Terima Kasih di atas kesudian membaca tulisan ini.

Apa pula pandangan anda tentang luahan hati pembaca di atas?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...