Surat Terbuka Buat Rita, Aidil, Ayu Dan Zaquan

Hiburan

Surat Terbuka Buat Rita, Aidil, Ayu Dan Zaquan

Kemelut antara Rita, Aidil, Ayu dan Zaquan seolah-olah tiada penghujungnya. Seperti tiada sinar yang mereka berempat akan berdamai. Kesemuanya berkeras dengan pegangan masing-masing. Dan semalam, Abang Nara menerima sepucuk email daripada seorang pembaca yang meluahkan isi hatinya tentang isu ini.

rita

Advertisement

Berikut ialah email yang diterima. Semoga kita membacanya dengan hati terbuka:-

Assalamualaikum….

Saya terpanggil untuk memberi sedikit pendapat dalam kemelut yang melanda mereka berempat. Pada saya adalah tidak manis untuk membuka aib sendiri apatah lagi aib orang lain. Ya betul kita hanya manusia biasa. Punya sifat marah, sedih, kecewa bila diperkatakan macam2. Tapi kita diberi akal fikiran. Jika kita menggunakan akal dan fikiran

InsyaAllah kita boleh berfikir dengan baik apa yang perlu dan apa yang tidak. Saban minggu kita dihidangkan dengan cerita mereka. Masing2 tuduh menuduh. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Siapa yang benar siapa yang tidak.

Buat Kak Rita,
Sabar dan tabahlah dengan dugaan yang Allah beri. Sesungguhnya kemenangan sentiasa berpihak pada mereka yang sabar.
Allah pilih kak Rita sbb Dia tahu kak Rita kuat dan tabah menerima ujian. Allah sayang Kak Rita. Tidak perlu lagi kak rita keluarkan kenyataan. Biarlah apa yang mereka ingin katakan pada kak rita. Terima dan sabar. Tak rugi kan. Saya yakin mereka yang kenal kak rita pasti tahu dan kenal dgn karekter kak rita. Seandainya benar jodoh kak rita
dan Aidil hanya di sini… Minta dijauhkan.. terimalah dengan redha.. ada hikmah yang Allah ingin tunjukkan… mungkin bukan hari ni tp InsyaAllah suatu hari nanti… setiap yang berlaku ada sbb dan tak perlu kita persoalkan kenapa kita.

Ya berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya yakin kak rita cukup cekal dan tabah lalui semua ini. Saya juga seorang ibu, isteri dan anak. Sebagai isteri kita nak suami lindungi kita, sebagai ibu kita inginkan yang terbaik untuk anak2, dan sebagai anak kita nak bahagiakan ibubapa wpun ibubapa mertua. Tak manis rasanya membuka aib di laman sosial ataupun di media kerana benda ni akan datang balik pd kita. Biarlah Allah yang membalas segala dan tunjukkan kebenaran. Saya doakan yang terbaik untuk kak rita.

Buat Aidil,

Setiap manusia ada melakukan kesilapan. seandainya anda masih perlukan rita pulanglah pada rita dan anak2. Seandainya dalam hati anda tiada lagi cinta lepaskanlah dgn cara baik. Ingatlah apa yang kita buat hari ini akan balik pada kita suatu hari nanti. Hukum Karma. Sebagai suami, anda adalah pelindung, penjaga keluarga. lebih2 lg buat sang isteri dan anak2. jgnlah lakukan cara yg kejam ni untuk menghukum isteri. kalau benar kak rita lakukan kesalahan, tegur dan bincang dgn cara baik. Kita ni tak sempurna mana aidil. Ingatlah anda ada 2 orang anak yang mendoakan kebahagiaan anda di alam sana.

Seandainya satu hari nanti anda tidak dikurniakan anak dgn perkahwinan akan datang,( minta dijauhkan) anak2 anda (Rayyan dan arjuna) yang akan membela nasib anda bila anda tua nanti. Sebagai suami keputusan anda harus adil untuk isteri dan anak2. Harus memberi perlindungan pada anak2. Setiap sen untuk isteri dan anak tak perlu diungkit kerana sudah menjadi kewajipan suami menyediakan yang terbaik untuk isteri. Anda jugalah yang perlu mencari jalan penyelesaian untuk satukan isteri dan keluarga anda. bukan hanya menangkan satu pihak. saya yakin aidil sudah cukup dewasa untuk lakukan keputusan. pilihlah jalan yang menyenangkan kedua2 pihak. Bersemuka dan berbincang dari hati ke hati. InsyaAllah jika niat kita ikhlas… Allah pasti bantu tunjukkan jalan.

Buat Ayu dan Zaquan,

Saya hanya memerhati dan tidak menyokong mana2 pihak. Andai benar kalian ingin berdamai Alhamdulillah. dlm hal ini tidak tau saper yang benar dan saper yang salah. Hanya Allah yang tau. Tunjukkan lah keikhlasan kalian ingin berdamai. Tunjukkan pada Rita kalian ingin berbaik. bukan sekadar menyatakan kepada media. ya betul Kak Rita enggan berjumpa, tapi percayalah , Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

InsyaAllah Dia akan bantu kalian. Cukuplah dengan berbalas kenyataan. Jagalah aib dan maruah masing2. Biarlah hanya kalian saja yang tahu semua masalah. tidak perlu diceritakan pada org. hanya perlu ingat apa yg kita lakukan pada org akan jd pada kita balik. Semua ada keluarga. dan jagalah perasaan keluarga masing2. What goes around comes around. semoga kemelut ini akan berakhir dengan cara yang baik,

Buat Abang Nara,

Saya bukan ingin masuk campur atau memandai2 nak bg nasihat. tapi saya sedih.. masing2 diberikan jodoh yang baik dr Allah.seharusnya amanah yg diberi dijaga dgn baik… tapi siapa kita kan… Semoga hubungan mereka akan bertmbah baik dan siapa tau kan… Allah lebih mengetahui…

Terharu Abang Nara membaca email ini. Kata-katanya penuh hikmah. Ada jalan penyelesaian yang diberikan. Namun untuk mengikut jalan yang diberikan, itu terpulang kepada Rita, Aidil, Ayu dan Zaquan. Sama-samalah kita doakan agar pintu hati mereka terbuka untuk berbaik-baik.

P.S: Motosikal Batman buatan sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...