Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Surat Peguam Belum Sampai Ke Tangan Saya – Linda Rafar Enggan Komen Isu Tuntutan Maaf

Penyanyi Linda Rafar enggan memberikan sebarang komen mengenai notis tuntutan permohonan maaf serta ganti rugi kepada jururawat seperti yang dikemukakan oleh kesatuan Delegation Of Nurses pada 2 Januari lalu.

Advertisement

Linda cuma memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada peguam dan agak pelik mengapa isu tersebut sudah ditularkan.

Pelik, surat peguam belum sampai ke tangan saya tetapi sudah ditularkan. Buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa atas nasihat peguam dan pihak berkuasa. Harap faham dan doakan yang terbaik untuk saya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

112 Comments

  1. Eliesa

    January 7, 2019 at 10:08 am

    Dalam semua bidang, akan ada staf yang beradab dan akan ada staf yang BIADAP. Itu kenyataan. Pengalaman aku sendiri pernah juga berhadapan dengan nurse yang BIADAP. Kalau ditegur sikap biadab dia tu, akan melenting macam kera kena sengat tebuan. Macam kes linda ni, dari cerita dia, dia bukan minta nurse cuci pun taik mak dia, dia ada maid untuk buat tu. Dia mampu hire maid, itu dia punya pasallah, janji taik mak dia tak bersepah-sepah atas lantai hospital tu kan. Dia cuma minta tukar cadar je pada nurse, sebab cadar kotor kena taik. Tapi nurse tak layan. Kalau kau malas nak layan sekali pun, kau tunjukkanlah dimana bilik simpanan cadar tu. Diaorang boleh pergi ambil sendiri daripada terkebil-kebil menunggu jawapan macam buah tak gugur. Normallah akan sakit hati. Pelawat dengan pesakit mana boleh pergi selongkar sendiri memandai-mandai bilik simpanan cadar. Bilik cadar kat mana pun bukan diaorang tahu. Fikirlah sikit. Lagipun tukar cadar tu, bukan ambil masa berjam-jam pun. Kalau bukan kerja kau sekali pun, dimana perikemanusian sesama manusia?. Akhir zaman ni, sepatutnya kita sebagai orang Islam berebut-rebut nak buat kebaikan sebab dah sedar kiamat sudah dekat. Bukan makin bersikap pentingkan diri je dan berkira sangat sesama manusia.

  2. Anonymous

    January 7, 2019 at 9:23 am

    sama lah dgn ko…. surat komplen ko taknak buat…. viral ko lebih kan dulu…
    takyah nak sentap bagai kalu org viral kan surat peguam ko tu…
    amcm…best x langgar dinding kaca?

  3. AkuSaluteJururawat

    January 6, 2019 at 11:11 am

    Setahu aku, nurse bukan cleaner. Kalo waris nk tukar alas, sila tukar sendiri. Minta elok2 dengan nurse. Mereka rawat pesakit yang ramai dan pelbagai ragam. Jururawat2 ini kerjanya sebagai pembantu doktor. Mereka memantau pesakit atas arahan doktor. Mereka membantu pada yang memerlukan. Jika dah ada waris, waris yg wajib buat. Benda asas kehidupan, itu pun kau nak bising2. Aku faham tugas mereka sebab aku tiap2 bulan hantar ayah aku ke hospital. Aku faham mereka pun pekerja macam kita di pejabat. Mereka bukan robot nak layan permintaan2 luar biasa ni. Minta elok2, cakap baik2. Mereka ada perasaan. Mereka ada banyak kerja seperti urusan kerani, assist doktor, hantar pesakit buat x ray, ambil darah. Sebenarnya, nak cerita urusan hospital ni banyak. Next time lah.

  4. N

    January 4, 2019 at 4:36 pm

    Dlm hal ni . I sokong u linda . Mmg ada nurse y kurang ajar. Sbb sy dah merasa mmg teruk perangai nurse tu layan mak sy, of course la xsemua . mmg sy akan igt smpai bila2 nurse sorang tu. Oleh krn teruk sgt layanan dia time tu dia nk tolak katil mak pergi daycare,pakai tolak j xkire ape, smpai terhantuk kepala mak , mak ckp kat dia jgn smpai makcik mengadu k org atas n time tu sy ade teman mak, terus dia kecut perut layan mak elok2, ade sekali tu mak jatuh katil, siap dia cepat2 dtg tolong , tanyakan mak okay k x ape, sebelum tu, kalau panggil mintak tolong k ape x dilayan. Sy mmg igt nurse tu sbb dia kau bercakap pom kurang ajar n buat muka. Hos bagaikan rumah kedua , mak selalu kalau masuk d wad8, tp kalau nk operate tgn kene stay d wad2, kalau d wad8 alhamdulillah semua nurse baek2, selalu sembang2 time pg tukar cadar tu baek2 dia mintak mak bangun nk tukar cadar ape semua, kalau tanya ape2 diaorg bgtahu, kalau mintak ape2 kaen selimut k ape dia org bg, 1st time kene duduk wad lain, dpt layanan nurse teruk mcm tu. Sekali lg sy ulang,bukan semua nurse mcm tu tp ada sesetengah tu perangai huurrrrmmm . Org xmerasa mmg la ckp knp la sis linda ni viralkan knp nk anaiya keje org , hello awak xmerasa, try la stay kt hos bermggu2 tau la mcm mane kalau dpt nurse y teruk, dlm case sy alhamdulillah stay bermggu kat wad8 xde masalah Allah mudahkan semua nurse baek2 , ringan tulang, tp bile stay d wad2 baru la merasa .

  5. Anonymous

    January 4, 2019 at 2:56 pm

    amak saki minta cadar x dpt
    nurse lmbt bagi dri 3am-1ptg
    ambil gambar dn viral
    Dr buat surat
    netizen hentam setuju nurse
    netizen sokong linda
    DON..telah bermeeting
    lantik lawyer mau saman
    saman bukan sbb cadar, sbb ambil gmbr
    kes cadar x bagi tenggelam..simpan dlm peti pesi kes
    surat saman di hantar
    linda belum dapat
    netizen hentam/sokong nurse/linda
    linda membisu no komen, tunggu info KKM

    • Anonymous

      January 4, 2019 at 5:53 pm

      The sinopsis

    • Anonymous

      January 4, 2019 at 7:32 pm

      Betol, tenggelam terus kesah cadar tu. Aku nak kan penjelasan! Mana pergi semua cadar-cadar?

    • Wekkkkkkk

      January 4, 2019 at 9:03 pm

      Ada kt kilang dobi..blum siap iron dan lipat..pkerja byk holiday…keja brlmbk..lori driver bawa cadar…mc.
      Jdi cdar x smpai2.

      Mka jdilh kes awal tahun 2019 di hospital.

    • Eliesa

      January 7, 2019 at 10:09 am

      Cadar pesakit untuk perhiasaan. Harap maklum. Hahahaha. Minta boleh, ambil tak boleh. Patut letak di muzium je, Buat display hahahaha

Loading...
To Top