Penyanyi Linda Rafar enggan memberikan sebarang komen mengenai notis tuntutan permohonan maaf serta ganti rugi kepada jururawat seperti yang dikemukakan oleh kesatuan Delegation Of Nurses pada 2 Januari lalu.

Linda cuma memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada peguam dan agak pelik mengapa isu tersebut sudah ditularkan.
Pelik, surat peguam belum sampai ke tangan saya tetapi sudah ditularkan. Buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa atas nasihat peguam dan pihak berkuasa. Harap faham dan doakan yang terbaik untuk saya.
Terdahulu, DON menuntut Linda untuk membuat permohonan maaf dan ganti rugi kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari. Sekiranya Linda gagal melaksanakannya, kes berkenaan akan dilanjutkan menerusi prosiding di mahkamah.
Sumber Berita : Harian Metro
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Anonymous
January 7, 2019 at 1:37 pm
in my opinion, linda tu x salah. nurse tu yg lembab and take their own sweet time utk tukar cadar tu. attitude sgt. dah tu keja diorg, buat la seikhlas hati… bukannya tugas pesakit atau family pesakit utk tukar cadar tu. bila dah kena viral, melenting pulak! kalau xnak viral, lenkali buat la keja tu sebaik mungkin. korg yg pilih kerjaya tu kan, so nak taknak kena la buat…