Penyanyi Linda Rafar enggan memberikan sebarang komen mengenai notis tuntutan permohonan maaf serta ganti rugi kepada jururawat seperti yang dikemukakan oleh kesatuan Delegation Of Nurses pada 2 Januari lalu.
Linda cuma memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada peguam dan agak pelik mengapa isu tersebut sudah ditularkan.
Pelik, surat peguam belum sampai ke tangan saya tetapi sudah ditularkan. Buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa atas nasihat peguam dan pihak berkuasa. Harap faham dan doakan yang terbaik untuk saya.