Satu ‘surat’ yang kononnya ditulis oleh jaguh badminton China, Lin Dan untuk Dato’ Lee Chong Wei, telah dikenal pasti hanyalah rekaan individu tertentu. ‘Surat’ yang menyentuh hati tersebut, dari musuh tradisi Chong Wei, Lin Dan, asalnya ditulis dalam bahasa cina, diterjemah kepada Inggeris dan bahasa Malaysia menjadi viral di Facebook dan Twitter. Ia kemudiannya didedahkan sebagai fiksyen peminat yang diterbitkan di /dailynews.sina.com/bg/news/spt/2016-
Satu portal berita dalam talian (hype.my) memberitahu artikel asal jelas menyebut ayat bahasa cina yang jika diterjemah, bermaksud, “sekiranya mereka menulis surat kepada sesama sendiri, apakah yang akan mereka katakan?”
Dalam “surat” tersebut, Lin Dan menulis mengenai perjalanannya sehingga menjadi bintang badminton dan dia menyatakan rasa terima kasih kepada Chong Wei. Petikan surat itu:
Surat Lin Dan kpd Chong Wei.
Baru baca sikit, berdiri bulu bulu kehidupan kat tengkuk. Sportmanship spirit! pic.twitter.com/Mg61PGVjWF
— Bakar Lemak Raya! (@gc_x_factor) August 20, 2016
“Ia palsu, kawan-kawan.”
“Surat” itu menjadi viral di media sosial, apabila Chong Wei tewas pada perlawanan akhir Olimpiknya yang ketiga, 18-21, 18-21 kepada pemain China, Chen Long di Riocentro Pavilion 4 pada Sabtu.
Sumber: NST diterjemah untuk amazingnara.com