Suraj Chavan ‘Justin Bieber India’ Jadi Fenomena, Digelar Lelaki Paling Kacak

Dunia

Suraj Chavan ‘Justin Bieber India’ Jadi Fenomena, Digelar Lelaki Paling Kacak

Nama Suraj Chavan, atau lebih dikenali sebagai Justin Bieber India, kini menjadi perbualan hangat di media sosial bukan sahaja di India, malah dalam kalangan peminat global. Popularitinya melonjak mendadak apabila ramai netizen menggelarnya sebagai “lelaki paling kacak di India”, berdasarkan pandangan dan undian pengguna internet.

Gelaran itu tercetus kerana wajah Suraj yang dianggap menawan serta sering dibandingkan dengan penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber. Tidak hairanlah, Suraj kini memiliki kelompok peminat yang besar, khususnya dalam kalangan gadis Gen Z di India.

Advertisement

Suraj berasal dari sebuah kampung kecil bernama Modhave, terletak di Baramati, Maharashtra. Dia mula mencuri perhatian menerusi video-video lucu dan gaya penyampaian yang santai serta relatable di media sosial, sehingga berjaya mengumpulkan jutaan pengikut di Instagram.

Nama Suraj benar-benar meledak selepas menyertai dan menjuarai musim kelima Bigg Boss Marathi, versi Maharashtra bagi rancangan realiti Big Brother. Kemenangannya dalam program tersebut menjadikannya fenomena nasional dan melayakkan dia membawa pulang trofi, sebuah motosikal elektrik serta hadiah wang tunai bernilai puluhan lakh. Malah, Suraj turut diberi gelaran ultimate entertainer bagi musim berkenaan.

Di sebalik kejayaan luar biasa itu, perjalanan hidup Suraj bukanlah mudah. Dia kehilangan bapanya akibat kanser, sebelum diuji sekali lagi apabila ibu dan neneknya meninggal dunia pada hari yang sama ketika dia masih muda. Tragedi tersebut meninggalkan Suraj bersama lima adik-beradik lain untuk meneruskan kehidupan sendiri, sekali gus membentuk jati diri dan ketabahannya hari ini. Kisah hidup inilah yang turut menyentuh hati ramai peminat dan menjadi sumber inspirasi.

Selain aktif sebagai pempengaruh media sosial, Suraj kini serius mencuba nasib dalam dunia lakonan. Dia telah membintangi beberapa filem Marathi termasuk Musandi (2023), Raja Rani (2024) serta Zapuk Zupuk yang ditayangkan pada 2025.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-06 12:22:46

Disaran Pakai IC Untuk Elakkan 'Scalper' Rembayung, Jawapan Khairulaming Buat Ramai Terfikir - "Tak Semua Tahu.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...