Kisah mengenai suplemen peninggi badan yang dipromosikan oleh Neelofa masih hangat diperkatakan. Terbaru pelakon Elfira Loy memberitahu dia pernah makan suplemen tersebut dan ia berkesan buatnya untuk satu tempoh.
Elfira memberitahu sebegitu sebagai komen membidas mereka yang tidak pernah mencuba sesuatu produk namun menulis komen mengenai keberkesanannya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Ada netizen membangkitkan Elfira juga pernah mempromosikan produk terebut di Instagram sebelum ini, oleh itu mencubanya.
Tapi pil tu dia ubat supplement macam calcium. That girl cakap its dangerous and bodoh artis pegi promote. And i said no el dah try and ok. Geddit?
Tinggi tak tinggi itu lain lain orang.
Ada orang minum 7up demam dah baik
Ada orang tak berkesan.
So pendapat masing masing— Nurul Elfira Loy (@elfira_loy) April 25, 2018
Disebabkan itu Elfira menjadi sasaran kritikan Netizen. Dia bagaimanapun membuat keputusan untuk tidak bercakap mengenai perkara itu selepas itu.
Yanadey , dahlah suka hati korang lah.
— Nurul Elfira Loy (@elfira_loy) April 25, 2018
Mungkin niat Elfira hanya berkongsi keberkesanan produk tersebut, namun fakta saintifik mengatakan untuk menambah ketinggian setelah mencapai umur tertentu ialah mustahil. Penulis rasa, mana-mana selebriti pun patut lebih berhati-hati dalam mempromosikan produk suplemen selepas ini. – beautifulnara.com