Supertots Dan BeautifulNara Di Himpunan Jutaan Belia 2012

Hiburan

Supertots Dan BeautifulNara Di Himpunan Jutaan Belia 2012

Sekiranya anda tidak ada kerja, bosan duduk di rumah ataupun memang banyak masa terluang, Abang Nara ingin mengajak anda ke Putrajaya untuk menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012. Program ini bermula 23 Mei (Rabu) sehingga 27 Mei (Ahad). Banyak aktiviti menarik tetapi yang paling menarik sudah tentu booth Supertots dan BeautifulNara akan turut berada di sini.

supertots

Advertisement

Untuk makluman, booth BeautifulNara adalah bersebelah dengan booth Supertots. Antara aktiviti menarik yang akan dilakukan oleh kami berdua ialah penjualan baju BeautifulNara dan Supertots, pencarian artis OTS dan macam-macam lagi. Yang paling menarik ialah Diana Danielle akan hadir pada 24 Mei kira-kira jam 4 petang untuk menjadi hakim bagi pertandingan mencari bakat Supertots.

supertots

Dan pada hari ini juga, T-Shirt BeautifulNara akan dibuka untuk tempahan untuk anda semua. Abang Nara akan turut turun menjaga booth. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat kekacakan Abang Nara secara live (sila muntah sekarang). Jadi jangan lupa datang ke Himpunan Jutaan Belia 2012 dan singgah di booth Supertots dan booth BeautifulNara. Jumpa anda di sana ~~

P.S: Sekiranya anda ingin membeli T-Shirt BeautifulNara tetapi tidak dapat hadir ke Himpunan Jutaaan Belia, sila email saiz, alamat dan jumlah pembelian yang ingin dilakukan ke [email protected]. Selepas itu kami akan memberi langkah-langkah pembayaran. Terim kasih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...