January 24th, 2011

Masa kecik-kecik dulu kita selalu tengok Keluang Man, dah besar sikit kita tengok Upin dan Ipin. Sekarang ini muncul lagi satu animasi 100% buatan anak Malaysia yang diberi nama Supertots. Sila tengok preview Supertos di video yang kami sharekan di atas tue ye. Nampak cantik dan kemas animasi yang dibuat oleh syarikat NetCarbon. Tahniah kami ucapkan.

supertots

Supertots mengisahkan 5 kanak-kanak yang mempunyai “superpower” dan mereka bertanggungjawab menjaga keamanan galaksi kita. Captain Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq bersama kapal angkasa mereka, Atoq menjalankan misi mencari dan menyelamat makhluk asing dari ancaman Zeeboz, genius jahat tak menjadi (wannabe).

Satu peraduan sedang berjalan sekarang iaitu Supertots : Legion of Friends contest. Ianya senang dan percuma, cuma perlu klik “LIKE” di facebook.com/supertots. Boleh menang iPad lagi. Setakat ini sudah hampir 14 ribu orang like page Supertots. Not bad jugaklah kan?

Kami di BeautifulNara sentiasa menyokong produk tempatan. Tak kiralah drama, animasi ataupun filem. Kalau anda rasa ada lagi info yang patut kami sharekan, sila jangan segan untuk email kami di borakartis [at] gmail.com.


Comments are closed.

Loading...