Supermom Lahirkan Bayi Kembar 10, Berjaya Pecahkan Rekod Dunia

Dunia

Supermom Lahirkan Bayi Kembar 10, Berjaya Pecahkan Rekod Dunia

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan memiliki cahaya mata untuk menjadi pelengkap rumah tangga. Bilangan cahaya mata yang dimiliki akan menjadikan suasana keluarga lebih ceria dan gembira.

Memetik laporan Anadolu Agency, seorang wanita di Afrika Selatan telah memecah rekod dunia apabila dia melahirkan bayi kembar 10.

Advertisement

Wanita yang dikenali sebagai Gosiame Thamara Sithole, 37 tahun melahirkan bayi kembar 7 lelaki dan 3 perempuan melalui pembedahan di sebuah hospital di Pretoria, Johannesburg.

Menurut suaminya, mereka sebelum sudahpun mempunyai bayi kembar yang berusia 6 tahun.

“Saya sangat terkejut dan ia sangat sukar diawal kehamilan. Namun kini, saya semakin biasa. Saya sudah tidak merasa sakit, namun ia masih bukan satu hal yang mudah. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan saya”.

Wanita hamil bayi kembar 10

Pada awalnya, wanita berkenaan dijangka akan melahirkan bayi kembar 8, tetapi setelah imbasan terhadap kandungannya dibuat sebelum ini gagal mengesan kehadiran 2 lagi bayi tersebut.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...