Super Junior, G-Dragon, Hyuna Dan Ramai Lagi Bakal Turun Malaysia Untuk Golden Disk Awards

Hiburan

Super Junior, G-Dragon, Hyuna Dan Ramai Lagi Bakal Turun Malaysia Untuk Golden Disk Awards

Wow. Berita baik untuk peminat Kpop (terutamanya yang berduit). Nama-nama besar industri hiburan Korea bakal turun ke Malaysia untuk menjayakan 27th Golden Disk Awards yang akan berlangsung di Sepang International Circuit. Pasti ada yang melompat kegembiraan mendengar nama seperti G-Dragon, Super Junior, Hyuna dan Kara.

gda

Advertisement

Majlis yang ditaja oleh Samsung ini akan bermula pada 15hb Januari dan berakhir pada 16 Januari. Walaupun begitu, harga tiket yang agak mahal iaitu bermula daripada RM688 mungkin membantutkan hasrat sesetengah peminat Kpop untuk menghadiri acara ini.

gda

Apa pun kalau ada yang berminat untuk menikmati sendiri kehebatan acara Golden Disk Awards, anda boleh mendapatkan tiket di www.ticketpro.com.my. Kepada yang membeli, semoga anda dapat bertemu dengan artis Kpop kegemaran anda.

P.S: PSY Gangnam Style ungguli video terhangat sepanjang tahun 2012.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...