Terkini pihak pengurusan Sunway Pyramid telah mengesahkan bahawa seorang dari pekerja penyewa kedai mereka telah disahkan positif COVID-19.
Tambah mereka lagi, pekerja tersebut mempunyai sejarah perjalanan tetapi pihak pengurusan Sunway Pyramid akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan untuk mengendalikan contact-tracing dengan serta merta mengikut SOP yang telah ditetapkan,
Pihak pengurusan Sunway Pyramid juga akan memastikan proses sanitasi dan pembersihan terperinci akan dilakukan untuk menjamin keselamatan pengunjungnya.