Sunway Malls Lancar “Gaya Riang Raya” Sempena Lebaran! Tema Ala-Ala Morocco

Branded

Sunway Malls Lancar “Gaya Riang Raya” Sempena Lebaran! Tema Ala-Ala Morocco

Baru-baru ini, Sunway Malls melancarkan Gaya Riang Raya sebagai tema sambutan Hari Raya untuk lima pusat beli-belah mereka tahun ini.

Diadakan di Sunway Putra Mall, tak dinafikan kami terpegun melihat Ruang Legar Utama pusat beli-belah tersebut yang dihiasi dengan fabrik berwarna-warni ala-ala suasana Souk. Dah macam dekat Morocco dah!

Sunway Malls lancar kempen rai Hari Raya, Gaya Riang Raya

Menariknya, kempen ini bukan sekadar dekorasi semata saja tau, mereka juga mempunyai pelbagai aktiviti menarik, bengkel kraf tangan, persembahan serta bazar raya di lima pusat beli-belah Sunway. Dengar cerita ada hadiah lumayan?!

Sunway Malls lancar kempen rai Hari Raya, Gaya Riang Raya

Program dan aktiviti yang mereka jalankan ni dijadualkan di setiap pusat beli-belah sehingga 14 April saja tau. Jadi, ajak ahli keluarga dan kawan-kawan serbu Sunway Malls sekarang!

Kalau anda nak tahu apakah antara aktiviti sempena kempen Gaya Riang Raya di lima pusat beli-belah, meh kami kongsikan.

Sunway Putra Mall

Jom singgah ke Sunway Putra Mall dari 14 Mac hingga 14 April 2024 untuk shopping sakan sebab terdapat lebih daripada 30 vendor yang menjual barangan keperluan Raya seperti makanan, kuih dan banyak lagi!

Kalau anda berbelanja di Sunway Putra Mall, anda boleh tebus Set Sampul Gaya Raya rekaan artis tempatan Nas Suha, bekas kaca dan mangkuk tingkat tau!

Bukan itu saja, siapa yang mempunyai nilai perbelanjaan paling tinggi untuk kempen ini, anda akan menerima hadiah set perkakas memasak Cosmic. Wow!

Dekat Sunway Putra Mall ni juga ada dekorasi karya contengan Nas Suha serta seni tembikar oleh Cheah Yeow Seng yang terdapat di terowong interaktif.

Selain itu, anda dapat saksikan persembahan di Ruang Legar Utama Sunway Putra Mall pada setiap hari Sabtu dan Cuti Umum jam 5 petang serta bengkel Raya di Selera Street, Aras 4 (di belakang Hot & Roll).

Sunway Pyramid

Manakala, kalau anda datang ke Orange Concourse, Sunway Pyramid dari 8 Mac hingga 14 April 2024, anda berpeluang untuk tangkap banyak gambar bersama kawan-kawan dan keluarga sebab mereka ada Gaya Photo Booth! Pergh, gambar confirm letops!

Apa yang best dengan kempen Gaya Riang Raya di Sunway Pyramid ni adalah anda boleh hasilkan sendiri pelapik cawan Mosaic menerusi bengkel pada 17, 24 dan 31 Mac 2024 pada jam 3 petang, dan pada 30 Mac 2024, anda boleh join bengkel “bath bomb” daripada Lush.

Tak cukup dengan itu, Sunway Pyramid juga nak bagi barangan istimewa seperti set Sampul Gaya Raya, set bekas kaca dan Kit Kembara Getha kalau anda berbelanja minima RM350, manakala untuk pemegang kad AEON Credit, minima RM250. Amboi, meriah naw!

Sunway Velocity Mall

Siapa datang beli belah dekat Sunway Velocity Mall, memang kena rebut peluang keemasan ini sebab kalau anda mempunyai nilai perbelanjaan paling tinggi, anda berpeluang menang hadiah bernilai RM25,000! Wow!

Selain itu, apa yang menarik di Atrium Utama Sunway Velocity Mall ni adalah anda boleh cuci mata dan beli barangan keperluan raya daripada booth-booth seperti MyHijab dan AMANk Exclusive, Nana Collections, Montigo, HWC Coffee dan banyak lagi!

Kalau anda nak luangkan masa dengan keluarga, wajib singgah ke bengkel pada setiap hujung minggu yang mana anda akan belajar buat ketupat, canting batik dan buat lampu pelita. Psst, siap ada persembahan gamelan, tarian tradisional Melayu dan kuda kepang tau!

Dah alang-alang shopping tu, anda boleh tebus dua set Sampul Gaya Raya, set balang Gourmet Raya atau bakul teh dengan set kopi HWC, dan siapa yang berbelanja di Sunway Velocity Mall Two layak menerima baucar tunai RM50 AEON MaxValu Prime.

Sunway Carnival Mall

Singgah ke Sunway Carnival Mall dan dapatkan pelbagai jenis kuih raya, juadah, aksesori dan banyak lagi di “Agrofiesta Aidilftiri”, kolaborasi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari 14 Mac hingga 19 April 2024.

Anda juga berpeluang nikmati Riang Activities seperti bengkel dan persembahan pada hujung minggu bermula hingga 14 April 2024 serta hadiah seperti set Sampul Gaya Raya, Balang Kaca Kaison, Gel Mandian Watsons serta eksklusif Keping Emas SK Jewelry(hanya pada 7 April)!

Sunway Big Box & Sunway Citrine Hub

Lebih kurang sama seperti Sunway Putra Mall, Sunway Big Box Retail Park juga mempunyai hiasan suasana ala-ala Souk dari 22 Mac hingga 22 April termasuk Gaya Lava Land, sebuah permainan interaktif sensori mesra autisme. Menarik!

Kalau anda shopping di Sunway Big Box Retail Park dan Sunway Citrine Hub, anda boleh tebus set Sampul Gaya Raya atau Beg Jute yang mempunyai corak rekaan Gaya Riang Raya, hasil karya Nas Suha!

Selain itu, anda juga berpeluang untuk dapatkan kurma atau biskut raya PERCUMA pada hari terpilih dari 30 Mac hingga 14 April di Aras G, Ruang Legar Utama tau! Macam ni, jimat tak perlu beli kuih raya!

Lagi best, Kraftangan Malaysia siap hos Festival Kraf Kebangsaan pada 22 Mac hingga 1 April 2024 dengan menyediakan pelbagai barangan kraf dan tekstil yang bukan saja boleh dilihat, malah boleh dibeli serta anda berpeluang sertai Pertandingan Kraf. Pergh, meriah sungguh!

Sunway Giza Mall

Akhir sekali, tak lain tak bukan Sunway Giza Mall, Kota Damansara. Kalau anda datang sini pada 14 Mac hingga 20 April, anda dapat nikmati dekorasi yang meriah mewarnai Centre Boulevard, Aras G!

Selain itu, alang-alang tu anda boleh beli barang keperluan untuk Hari Raya di Village Grocers atau MBG Fruits, berbuka puasa di Absolute Thai dan moreh di Tealive, Llaollao atau Baskin Robbins!

Haa, banyakkan aktiviti yang Sunway Malls anjurkan sempena Gaya Riang Raya tahun ni! Rugi sangat tau kalau anda tak pergi kelima-lima buah pusat beli belah ni!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sunway atau ikuti media sosial di Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...