Kalau sebelum ini drama ‘Bukan Gadis Biasa’ dikritik kerana efek solekan kedutan pada wajah Opah Aminah yang tidak sepadan dengan kulit tangannya yang licin, kini timbul pula kritikan terbaru.
Seorang individu di Twitter telah menyelar pihak produksi JS Picture milik Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo kerana proses suntingan drama itu yang seperti disiapkan oleh budak sekolah.
cutting editing budak budak sekolah ke? macam asal boleh je babi pic.twitter.com/IdrJgylKPE
— Afiq Rahem (@afiqrahem) May 7, 2020
Bahasa kasar yang digunakan oleh individu tersebut nyata telah menarik perhatian tuan punya badan sendiri untuk membalas kritikan yang boleh tahan pedas itu.
AdvertisementMenerusi Instagram Story, Sheila Rusly menegur pengguna Twitter tersebut kerana menggunakan kata-kata kesat bagi mengkritik hasil usaha pihak produksinya.
Meskipun turut memuat naik kandungan yang sama sebagai entri di laman Instagramnya tetapi wanita itu sudah pun memadamnya selepas hanya beberapa jam dimuat naik.
Pun begitu, Sheila Rusly sempat membalas beberapa komen peminat yang menanyakan mengenai isu tersebut.
Jelasnya, dia tidak ambil hati dengan kritikan tersebut dan menyatakan bahawa segala suntingan terpaksa dilakukan secara atas talian dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengekang segala proses bagi menyiapkan drama itu.
Wanita itu cuma terkilan kerana komen tersebut seperti cuba menjatuhkannya dan bukannya memberikan cadangan yang konstruktif supaya dapat dijadikan pedoman.
Apa pun, kepada yang meminati naskhah ini, teruskan menonton drama ‘Bukan Gadis Biasa’ di TV3 sepanjang bulan Ramadan ini.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.9 Comments
Loading...
wati
May 12, 2020 at 6:29 am
kurang ajarnya bahasa
Opah aminah
May 11, 2020 at 7:18 am
Bukan mudah makeup artist effect nak buat solekan macam ni berjam-jam. Nenek aku umur 85 kedut mcm tu betulla tu. Ade ke pelakon yg sanggup disolek tua. Tak tahan wei panas kot. Sabo je la hajjah..
Gincu
May 10, 2020 at 1:33 pm
Dulu heboh pasal tak dibenarkan pelakon muda disolek tua? Kena ambik pelakon yang berumur yg bersesuaian. Mmg hauk giler solekan opah
Dan acting opah mmg over.
Shhi
May 10, 2020 at 11:11 am
Nenek tu umur 90 ke 100, sampai mcm tu sekali kedutnya. Nenek aku umur 84 pun tak sekedut tu.