Suntingan ‘Bukan Gadis Biasa’ Diselar Seperti Kerja Budak Sekolah, Sheila Rusly Tidak Melenting

Hiburan

Suntingan ‘Bukan Gadis Biasa’ Diselar Seperti Kerja Budak Sekolah, Sheila Rusly Tidak Melenting

Kalau sebelum ini drama ‘Bukan Gadis Biasa’ dikritik kerana efek solekan kedutan pada wajah Opah Aminah yang tidak sepadan dengan kulit tangannya yang licin, kini timbul pula kritikan terbaru.

Seorang individu di Twitter telah menyelar pihak produksi JS Picture milik Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo kerana proses suntingan drama itu yang seperti disiapkan oleh budak sekolah.

Advertisement

Bahasa kasar yang digunakan oleh individu tersebut nyata telah menarik perhatian tuan punya badan sendiri untuk membalas kritikan yang boleh tahan pedas itu.

Menerusi Instagram Story, Sheila Rusly menegur pengguna Twitter tersebut kerana menggunakan kata-kata kesat bagi mengkritik hasil usaha pihak produksinya.

sheila rusly balas kritikan suntingan bukan gadis biasa

Meskipun turut memuat naik kandungan yang sama sebagai entri di laman Instagramnya tetapi wanita itu sudah pun memadamnya selepas hanya beberapa jam dimuat naik.

Pun begitu, Sheila Rusly sempat membalas beberapa komen peminat yang menanyakan mengenai isu tersebut.

sheila rusly balas kritikan suntingan bukan gadis biasa

Jelasnya, dia tidak ambil hati dengan kritikan tersebut dan menyatakan bahawa segala suntingan terpaksa dilakukan secara atas talian dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengekang segala proses bagi menyiapkan drama itu.

Wanita itu cuma terkilan kerana komen tersebut seperti cuba menjatuhkannya dan bukannya memberikan cadangan yang konstruktif supaya dapat dijadikan pedoman.

bukan gadis biasa

Apa pun, kepada yang meminati naskhah ini, teruskan menonton drama ‘Bukan Gadis Biasa’ di TV3 sepanjang bulan Ramadan ini.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...