Sunting Gambar Mengaibkan Dr Noor Hisham, Polis Buka Kertas Siasatan

Trending

Sunting Gambar Mengaibkan Dr Noor Hisham, Polis Buka Kertas Siasatan

Umum mengetahui bahawa Dr Noor Hisham kini menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan dengan mengadakan sidang media Covid-19 secara atas talian selepas perlu menjalani kuarantin diri di rumahnya.

Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila wujud pihak tampil menjadikan situasi Dr Noor Hisham sebagai bahan jenaka sehingga mereka tergamak menyunting gambar beliau memakai pakaian separuh badan.

Advertisement

Foto yang dianggap ‘lucu’ itu telah dimuatnaik oleh salah seorang pengendali laman Facebook MGAG dengan menulis kapsyen ‘Work from home vibes’.

Menerusi muat naik berkenaan, ia mempamerkan Dr Noor Hisham lengkap memakai kot dan kemeja namun tidak berseluar duduk di atas kerusi seakan sedang memberi laporan mengenai perkembangan Covid-19 yang melanda negara.

Susulan kejadian, perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen sehingga perkongsian tersebut telah pun dipadam oleh penyunting berkenaan. Tidak ketinggalan, beliau juga tampil membuat permohonan maaf dan mendakwa ianya sekadar bahan gurauan.

Namun demikian, menurut laporan Harian Metro, pihak polis khabarnya telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook MGAG selain individu terbabit perlu bertanggungjawab atas kesalahan dan tindakan tidak bermoral yang dilakukan itu.

Ia susulan satu laporan mengenai tindakan mengaibkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah dibuat di Senawang.

Rentetan kejadian, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman iaitu Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid tampil memaklumkan bahawa kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

Sumber: Harian Metro 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...