Suntikan Perancang Keluarga Pertama Di Dunia Untuk Lelaki Mungkin Wujud Enam Bulan Lagi

Teknologi

Suntikan Perancang Keluarga Pertama Di Dunia Untuk Lelaki Mungkin Wujud Enam Bulan Lagi

Mungkin sudah lama ia patut wujud, tetapi kelulusan untuk sejenis suntikan perancang keluarga khusus buat lelaki mungkin akan wujud tidak lama lagi. Menurut Live Science, sekumpulan pengkaji di India baru mengumumkan bahawa percubaan klinikal untuk RISUG (reversible inhibition of sperm under guidance) sudah dilaksanakan.

Dr. R.S. Sharma, seorang saintis kanan di Majlis Kajian Perubatan India yang menjalankan percubaan itu menyatakan:

Advertisement

Produk itu sudah siap, cuma menunggu kelulusan regulatori.

Proses remeh tersebut menggunakan 300 orang lelaki sebagai subjek kajian, dan menunjukkan kejayaan mengelakkan kehamilan sehingga 97%.

Walaupun ramai wanita meraikan kenyataan bahawa tanggungjawab seksual untuk merancang kehamilan kini boleh dikongsi secara sama rata dengan lelaki–terdapat satu halangan.

RISUG memerlukan untuk seseorang lelaki disuntik dengan sejenis polimer masuk ke dalam vas deferens, iaitu satu tiub yang membawa sperma dari testikel.

Suntikan gel tersebut seterusnya menyekat sperma dari meninggalkan testis melalui tiub ini, dengan satu suntikan lagi boleh dilakukan untuk menterbalikkan proses tersebut, sekiranya perlu. Suntikan ini berkesan sehingga 13 tahun, kata para pengkaji.

Walaupun suntikan kelamin ini diberi bersama ubat bius, tidak semua orang merasa teruja dengan kemajuan santifik ini.

Menurut VICE, mengepam sejenis produk masuk ke dalam testikel bukan satu prospek yang menggembirakan untuk sesetengah lelaki.

Satu undian yang disertai oleh lelaki India telah mendapatkan sedikit pandangan mengenai isu tersebut. Kata Abhay, seorang pengurus jenama berusia 33 tahun:

Bila saya fikir mengenai konsep perancangan keluarga ini di mana sesuatu disuntik masuk ke dalam testikel, rasa macam ngeri. Testikel lelaki bagaikan barang kemas pusaka. Jika saya mahu gunakan perancang, saya lebih suka ia dalam bentuk pil saja berbanding suntikan.

Sehingga kini, suntikan itu sudah dikemukakan kepada Ketua Pengawal Ubatan India, yang akan memutuskan sama ada RISUG akan mendapat kelulusan untuk dijual secara komersil. Proses ini dijangka memakan masa sehingga enam dan tujuh bulan.

Sementara itu, Amerika Syarikat kini sedang membangunkan sejenis gel suntikan dari variasinya sendiri, Vasalgel, bagaimanapun, masih jauh untuk dianggap sebagai pesaing.

Pengkaji Amerika menerbitkan satu kajian pada tahun 2017 yang ia mampu menghalang kehamilan kepada monyet–namun belum diuji terhadap manusia.

Walaupun vasektomi agak popular buat lelaki yang ingin mengelakkan dari menghamilkan wanita, sambutan awal kepada RISUG tidak begitu hangat. Ia agak menghairankan, kerana vasektomi melibatkan pemotongan dan ikatan vas daferens–sementara RISUG hanya memasukkan segenis gel di dalamnya.

Menurut Mayo Clinic, menterbalikkan proses vasektomi juga lebih rumit dari menukar fikiran setelah mendapatkan suntikan RISUG.

Kata seorang pelawak 22 tahun, Neelaksh:

Saya tak pasti berapa lama usia teknologi ini, dan masih banyak maklumat belum jelas, tetapi saya lebih suka gunakan kondom yang konvensional.

Saya dah tonton terlalu banyak filem Marvel dan rasa takut menyuntik bahan kimia yang saya tak tahu sangat ke dalam badan saya.

Tidak semua tidak teruja, kerana ada juga lelaki merasakan ia tugas mereka untuk memikul beban merancang kehamilan secara sama rata dengan wanita. Kata Shreya, seorang penulis berusia 24 tahun:

Saya bersikap terbuka dalam menggunakan perancang kerana bebannya selalu diletakkan pada wanita, dan mereka juga yang terpaksa menanggung beban kehamilan yang tidak diingini atau melalui proses menggugurkan kandungan.

Mereka sudah cukup terbeban, jadi ini salah satu aspek yang boleh diperbaiki oleh lelaki.

Tetapi jujurnya saya takkan ambil suntikan itu dan lebih rela tidak mengadakan hubungan seks. Kalau setakat sapu gel, saya okaylah, lagipun ia boleh bertindak seperti pelincir.- amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...