Suntik Lengan Di Klinik Estetik Kerana Mahu Cairkan Lemak, Wanita Dapat Jangkitan Bakteria, Lengan Mereput

Trending

Suntik Lengan Di Klinik Estetik Kerana Mahu Cairkan Lemak, Wanita Dapat Jangkitan Bakteria, Lengan Mereput

Ramai orang ingin kurus tetapi malas bersenam. Akibatnya mereka sentiasa mencari jalan mudah, dengan membayar untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu. Wang boleh membeli segalanya, tetapi bagaimana jika padah saja yang dapat?


Menurut laporan Kwong Wah, dalam satu sidang media yang diadakan oleh Ketua Jabatan Khidmat Masyarakat MCA Datuk Seri Michael Chong, seorang wanita yang berasal dari Petaling Jaya terlihat iklan dalam talian sebuah klinik estetik pada Ogos 2018. Susulan itu, dia telah mendapatkan rawatan untuk mengecilkan lengan di sebuah klinik kecantikan di Brickfields, Kuala Lumpur. Wanita berusia 25 tahun itu diberitahu setelah menerima suntikan tersebut, lemak pada lengannya akan ‘mencair’.

Advertisement

Dia mendapatkan rawatan itu setelah dinasihatkan oleh seorang doktor di situ, yang mendakwa bahan yang digunakan datangnya dari tumbuh-tumbuhan. Ia bertujuan mencairkan lemak dan menegangkan lengan. Dia membayar RM 700 untuk suntikan 10 ml (5 ml bagi setiap lengan).

Bagaimanapun, hanya dalam masa sebulan, jangkitan kuman mula merebak di bahagian di mana suntikan telah dibuat, diikuti bengkak. Dia membuat keputusan untuk kembali ke klinik tersebut untuk merawat jangkitan kuman tersebut, di mana seorang doktor lain membuang nanah di lengannya tanpa menggunakan ubat bius.

Namun begitu, keadaan wanita itu tidak bertambah baik. Akhirnya, dia telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Univesiti Malaya dan terpaksa dimasukkan ke wad selama 10 hari.

Kini, lengan wanita itu mempunyai kesan parut yang teruk, dan terdapat kesan reput pada lengannya yang menerima suntikan sebelum ini. Dia kini dipantau oleh pakar dan telah menghabiskan RM 5,000 untuk rawatan.

Wanita itu kini telah membuat aduan ke Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang kemudiannya mendedahkan, hanya seorang dari empat orang doktor di klinik itu mempunyai lesen untuk praktik perubatan.

Michael menambah, penasihat undang-undang jabatannya, James Yee, akan membantu wanita itu mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik tersebut. – amazingnara.com via World of buzz

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...