Suntik Jus Buah Ke Dalam Urat Badan, Wanita Dirawat Di Unit Rawatan Rapi

Trending

Suntik Jus Buah Ke Dalam Urat Badan, Wanita Dirawat Di Unit Rawatan Rapi

Kerana percaya ‘petua’ dapur, seorang wanita 51 tahun dimasukkan ke hospital kerana menyuntik jus buah ke dalam uratnya.

Wanita yang dinamakan Zeng dari bandar Chenzou di wilayah Hunan merasakan, cara terbaik bagi badan untuk menyerap kesemua nutrien dari buah-buahan segar ialah dengan memasukkannya terus ke dalam darah.

Advertisement

Jadi, dia mengisar sebanyak 20 jenis buah dan menggunakan Intravenous Drip (IV) untuk memasukkan jus yang terhasil ke dalam saluran darah. Tidak lama kemudian dia demam dan rasa gatal-gatal di seluruh badan.

Namun begitu, dia tidak memberitahu sesiapa apa yang telah dilakukannya, sehinggalah suaminya perasan ada sesuatu yang tidak kena dan bergegas menghantarnya ke hospital.

Xiaoxiang Morning News melaporkan, kesnya terlalu serius untuk dirawat di hospital tempatan, dan dia kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi hospital yang lebih besar.

‘Petua dapur’ itu menyebabkan kerosakan pada hati, buah pinggang dan menyebabkan kepanasan badan, malah doktor menyatakan beberapa organnya kini berisiko untuk gagal.

Setelah lima hari menerima rawatan di ICU, dia dianggap berada dalam keadaan cukup selamat untuk dikeluarkan.

Hampir mati, Zeng memberitahu wartawan yang dia tidak sangka jus buah-buahan segar boleh membahayakan. – amazingnara.com via Xiaoxiang Morning News 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...