Para peminat Sungmin Super Junior pastinya gembira mendengar berita ini. Setelah desas-desus mengenai hubungannya dengan Sa Eun disahkan, kali ini Sungmin sendiri tampil untuk memaklumkan yang mereka berdua bakal berkahwin pada 13 Disember ini. Untuk makluman, Sungmin dan Sa Eun telah berkenalan ketika menjayakan teater The Three Musketeers. Hubungan mereka telah pun terjalin selama lebih kurang 3 tahun. Sa Eun merupakan seorang pelakon.
Berita gembira ini telah disampaikan oleh Sungmin sendiri menerusi satu surat yang panjang lebar. Di dalam surat tersebut Sungmin memaklumkan yang dia mahu para peminatnya mengetahui mengenai berita perkahwinannya daripada mulutnya sendiri, dan bukan daripada orang lain. Satu langkah yang bagus sebagai tanda menghargai peminat.
Tahniah diucapkan kepada Sungmin Super Junior dan Sa Eun atas perkahwinan mereka. Semoga segala perancangan berjalan lancar. Selamat pengantin baru.