August 4th, 2010

natasha hudson

Bagi can kat kami gelak sekejap. Hahaha. Kelakar sungguh si Natasha Hudson ini. Adakah anda perasan yang semenjak dua ini dia menjaja kisahnya yang dibuang daripada syarikat rakaman Alibi Music? Kononnya pihak Alibi Music tidak profesional sebab tidak mengotakan janji mereka untuk buat single terbaru untuknya. Sekali tue KC Ismail, Ketua Unit Muzik Alibi Music jawap sempoi je:-

[note]Semasa malam Konsert Alibi Kosmik pada 15 Januari lalu di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, persembahan Tasha mendapat kritikan daripada pihak media dan pihak kami terus mencadangkan agar Tasha mengambil kelas vokal bagi memantapkan mutu vokalnya. Namun, Tasha sering sibuk dan tidak dapat menghadiri kelas vokal sehingga dia menerima kritikan demi kritikan selepas membuat persembahan pada 6 Mei lalu di No Black Tie. Dari situ, kami berpendapat dia belum bersedia untuk menjadi seorang penyanyi, banyak yang perlu dipelajari. Kami khuatir jika single dia ke udara di radio, tahap kualitinya masih sama. Kami mahu dia betul-betul bersedia untuk bergelar penyanyi. [/note]

Orang suruh pergi masuk kelas vokal taknak. Pastue bila single baru taknak keluar marah-marah pulak. Kalau tahu suara tak sedap, silalah pergi belajar. Jangan tanya member baik je. Diorang semua kompem cakap suara anda macam Datuk Siti. Tanyalah orang-orang yang mendengar.

Oh ye kalau anda tak tahu, Natasha nie suatu ketika dahulu kantoi meniru sajak omputih dan cilok lagu artis Youtube. Itu memang lagi memalukan. Kami rasa hidup Natasha nie banyak perkara kantoi dah berlaku kat dia. Alang-alang dah dekat Ramadhan nie marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita. Tak gitu?

Satu je nasihat kami, tak semua benda orang lain boleh buat kita pun boleh buat. Belajarlah mengenali diri sendiri. Gambar kredit kepada FaridLife.


Comments are closed.

Loading...