‘Sun Wukong, Dolphin, Jackpot, Kuda’, Antara Mesin Slot Perjudian Yang Popular Di Malaysia

Trending

‘Sun Wukong, Dolphin, Jackpot, Kuda’, Antara Mesin Slot Perjudian Yang Popular Di Malaysia

Baru-baru ini tular mengenai masalah penjudian yang berleluasa di negara ini khususnya berita mengenai premis perjudian haram di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Dakwaan yang dibuat oleh pengusaha Hot Burger Malaysia tentang tiada tindakan yang diambil terhadap premis perjudian haram ini telah mengundang pelbagai reaksi dan pandangan masyarakat.

Advertisement

Baca: Dakwaan “Hot Burger Malaysia” Tidak Tepat. KPD Sungai Buloh Tampil Berikan Penjelasan

Oleh itu, kami kongsikan tentang mesin slot perjudian dan antara jenis-jenis yang popular bagi anda mendapatkan info supaya tidak terjebak serta dapat memantau ahli keluarga daripada terjerumus ke kancah perjudian ini.

Ini kerana adakalanya pusat perjudian ini mampu mengaburi mata orang ramai dengan susunan premis yang kelihatan seperti pusat siber atau pusat permainan video hiburan keluarga.

Mesin slot ini juga kini banyak terdapat secara dalam talian yang mampu mempengaruhi orang ramai dan remaja untuk mencubanya.

Mesin slot yang pertama dicipta

first-slot-machine

Mesin slot yang pertama dicipta oleh Sittman dan Pitt of Brooklyn, New York.

Ia menggunakan paparan dari kad Poker sebagai simbol untuk setiap slotnya dan terdapat 5 reels dram yang memegang 50 paparan kad poker itu.

poker card face first slot machine

Melalui Classic Slot Machine, pemain perlu memasukkan syiling dan menarik tuil untuk memutarkan dram atau gulungan di mesin tersebut. Matlamatnya ialah untuk mendapatkan susunan poker hand untuk mendapat kemenangan.

Jenis-jenis mesin slot yang berbeza

Bagaimanakah caranya untuk dikategorikan mesin slot?

    • Dengan Denominasi
    • Bilangan Gulungan
    • Kasino Tradisional atau Slot Online
    • Dengan Pembayaran
    • Jenis Permainan

Classic Slot Machine atau 3-Reel Slots3 reel slot machine

Classic Slot Machines atau 3-Reel Slots merupakan versi permainan perjudian yang paling popular di dunia.

Classic Slot Machines atau 3-Reel Slots dikenali dengan 3 gulungan klasik atau Payline kemenangan satu. Sekiranya pemain mendapat symbol yang sama di ketiga-tiga gulungan dalam barisan yang sama, ini bermakna pemain berjaya memenangi jackpot.

3 reel slot machine

Sebelum ini, mesin slot sebegini hanya boleh ditemui di kasino seperti Las Vegas dan sebagainya. Namun kini, terdapat juga Classic Slot Machines atau 3-Reel Slots secara dalam talian.

Slot Video

caishens-gold-video-slot

Slot video pula, merupakan jenis mesin slot yang lebih bagus kerana ianya tidak lagi menggunakan sistem mekanikal untuk memutarkan slot. Ia sebaliknya, hanya menggunakan sistem video melalui skrin digital bagi menunjukkan gulungan dan simbol putaran.

Permainan slot terkini telah ditambah beberapa kelebihan lain yang tidak mampu dilakukan oleh mesin slot klasik tradisional disebabkan oleh faktor batasan fizikal.

jackpot

Slot payline berganda ini hanyalah permainan slot yang mempunyai lebih daripada 1 garisan pembayaran. Kebiasaannya, slot payline berganda ini terdapat di slot video kerana komputer lebih berkemampuan untuk melakukan banyak perkara kompleks.multi-payline

Kelebihan yang ada pada slot jenis ini ialah lebih banyak peluang untuk memenangi wang tunai dan jackpot berbanding classic 3-reel slots.

Ini kerana lebih banyak paylines bermakna terdapat lebih banyak kombinasi, dan lebih banyak kombinasi bermakna lebih banyak peluang untuk memenangi jackpot.

Slot 3 Dimensi (3D)

The Four Kings Casino and Slots/Nintendo Switch/eShop Download

Slot 3D merupakan slot video yang mempunyai grafik dan animasi yang lebih baik. Sesetengah permainan slot 3D juga berdasarkan filem atau rancangan telivision popular seperti F.R.I.E.N.D.S dan Indiana Jones.

Slot 3D merupakan video slot yang mempunyai grafik tiga dimensi dan paparan wajah yang menarik. Ia selalunya lebih mendalam dengan animasi dan petikan video yang menarik minat pemain. Ia juga lancar dan tidak tersekat kerana hasil teknologi permainan masa kini yang kian membangun.

Fruit Machine

Ooh Aah Dracula - 250 Club Fruit Machine

Fruit Machines merupakan sejenis mesin slot yang lebih terkenal di United Kingdom berbanding di negara-negara lain. Apa yang membezakannya daripada permainan slot klasik ialah kelebihan tambahan dan pusingan bonus yang boleh dimainkan oleh pemain bagi memenangi lebih banyak hadiah.

Anda boleh lihat sendiri betapa banyak butang dan ciri-ciri yang terdapat di mesin ini jika dibandingkan dengan mesin slot tradisional.

Progressive SlotsProgressive Jackpots: Everything You Need to Know to Win One

Progressive Slot merupakan jenis mesin slot yang menawarkan hadiah jackpot yang meningkat setiap kali pemain tidak berjaya memenanginya.

Ia tidak sesuai bagi pemain yang ingin meangn secara cepat dan kerap. Untuk mesin slot ini pemain dinasihatkan hanya bermain sekiranya mempunyai wang yang banyak dan sanggup melakukan taruhan yang banyak sebelum berjaya memenangi hadiah jackpot.

Jackpot progressive slots hanya terhad kepada satu permainan slot (tempatan), atau boleh dihubungkan ke kasino atau permainan lain (dikumpulkan). Ini bermakna kesemua wang yang penjudi taruhkan dari lain-lain kasino akan dikumpulkan untuk satu jumlah jackpot yang besar.

Lain-lain mesin slot pertaruhan

  • Wukongapa itu mesin wukong?

Sun Wukong adalah permainan slot dalam talian, 4 watak penjelajah diletakkan untuk memberi ganjaran kepada pemain dengan permainan video yang berasaskan 5 gulungan dan juga lima belas baris bayaran.

  • Lumba KudaMesin kuda..
    Lumba kuda atau horse racing arcade adalah permainan pertaruhan perlumbaan kuda. Pemain perlu meneka nombor kuda dari 1 sehingga 6 yang akan berjaya sampai dahulu ke garisan penamat. Di dalam paparan mesin ini telah diletakkan nilai taruhan dan gandaan wang kemenangan sekiranya tekaan pemain adalah tepat.

    Permainan ini sebenarnya amat popular pada tahun 90an.

  • Dolphin ReefDOLPHIN REEF BET ( 2.00 ) FREE GAME SCR888 - YouTube 

     

Permainan Dolphin Reef antara permainan slot yang amat digemari ramai pada masa kini. Antara faktor mengapa permainan ini digemari ramai, adalah kerana ianya membayar 10 kali ganda dari nilai taruhan yang diletakkan pemain. Selain itu, dikatakan ianya agak mudah dibaca pergerakkan permainannya.

Kemenangan Dolphin Reef dikatakan bergantung kepada nilai taruhan pemain.

Ketiga-tiga jenis mesin slot perjudian ini juga amat popular di Malaysia, tidak kira secara fizikal di premis-premis mahupun secara dalam talian.

Berwaspada dan jangan sampai terjebak

Walau apapun, kita tidak seharusnya terjebak di dalam apa jua jenis perjudian. Ini kerana terbukti sejak dari dahulu lagi, judi boleh merosakkan sesebuah institusi kekeluargaan serta boleh mendatangkan pelbagai lagi jenis masalah seperti berhutang, pergaduhan, bankrupsi dan yang lebih teruk lagi sehingga membawa kematian.

Sekiranya terjerumus di dalam kancah perjudian, hidup ini boleh mejadi ibarat ‘neraka dunia’, bukan sahaja pada diri sendiri malahan ahli keluarga.

Membanteras kegiatan judi ini bukan hanya terletak pada peranan kerajaan dan pihak berkuasa. Sebagai masyarakat, kita juga boleh memainkan peranan yang efektif. Usaha mendidik generasi muda khususnya perlu diperbanyakkan lagi bagi membangkitkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran betapa besarnya kesan buruk judi kepada negara dan kesejahteraan masyarakat.

Jadi pada ibu bapa terutamanya perlulah sentiasa memantau pergerakan anak-anak anda supaya tidak terjebak dengan perjudian. Telefon pintar dan komputer mereka juga perlu sentiasa dipantau, kerana pada masa kini terdapat banyak laman-laman web yang menawarkan aktiviti perjudian secara dalam talian.

Sumber (1)(2)(3)

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...